Berseronok atau berpolitik, Anwar suka ‘tikam belakang’ dari dulu lagi

Khairuddin Abu Hassan

Saya tak faham kenapa Anwar Ibrahim suka sangat dengan perbuatan ‘tikam belakang?’

Seolah-olah amalan ‘tikam belakang’ tidak boleh dipisahkan dari Anwar Ibrahim.




Hendak berseronok pun Anwar ibrahim suka ‘tikam belakang’ dan dalam percaturan politik pun beliau amat gemar dengan perbuatan ‘tikam belakang.’

Perangai buruk Anwar Ibrahim tidak pernah berubah dari dahulu sehinggalah kini.

Tolong jangan cuba bersandiwara serta berlakon untuk tunjuk kononnya beliau terpaksa bertegas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa perkara.

Sebenarnya pada tahun 1997 Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempercayai bahawa Anwar Ibrahim adalah ‘kaki peliwat.’

Sebab itu saya terbitkan buku ‘50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri’ yang ditulis oleh Allahyarham Khalid Jafri.

Buku ini ditulis dan diterbitkan semata-mata atas dasar Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu mempercayai Anwar Ibrahim telah meliwat Azizan Abu Bakar, adik angkatnya yang bernama Sukma serta beberapa orang lagi pada waktu itu.

Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di bawah ketua penyiasat Tan Sri Musa Hassan (mantan Ketua Polis Negara) yang menyiasat serta mendapat bukti aktiviti meliwat beliau.

Loading...

Akhirnya, Anwar Ibrahim ditangkap oleh PDRM dan didakwa di mahkamah.

Mahkamah yang mensabitkan kesalahan Anwar Ibrahim dan memenjarakan beliau.

Kes Anwar Ibrahim telah melalui semua proses dan tahap mahkamah dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.

Perbicaraan dijalankan secara telus dan telah mengambil satu jangkamasa yang cukup panjang.

Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu itu tidak campur tangan langsung dalam PDRM ataupun mahkamah yang bertindak ke atas Anwar Ibrahim.

Jangan lupa juga bahawa Anwar Ibrahim sekali lagi ditangkap, dibicarakan dan dimasukkan ke penjara oleh Najib Tun Razak.

Kenapa dalam kes kesalahan meliwat Anwar Ibrahim hanya mengungkit dan cuba menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad saja?

Kenapa Anwar Ibrahim tidak mahu menyalahkan pihak anggota PDRM yang terlibat menyiasat kes liwatnya?

Mengapa Anwar Ibrahim tidak mahu menyalahkan semua hakim-hakim di Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan yang membicarakan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara ke atas diri beliau?

Pihak PDRM harus menjejakki Anwar Ibrahim sehingga kini pada hakikatnya.

Mana tahu kemungkinannya akan memperolehi bukti baru lagi?

Sekiranya memperolehi bukti baru saya juga tidak terkejut langsung kerana Anwar Ibrahim adalah seorang yang ‘sewel’ dan tidak pernah insaf.

Yang tidak pernah insaf adalah Anwar Ibrahim tetapi beliau cuba main ‘perang psikologi’ untuk alih pandangan rakyat serta cuba menempelak Tun Dr Mahathir Mohamad pula.

Hakikatnya, Anwar Ibrahim adalah manusia ‘fasiq’ dan hipokrit yang mempunyai masalah ‘mental’ serta atas dasar inilah beliau tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri.

Isu Anwar Ibrahim adalah soal aqidah agama Islam yang melarang ‘kali liwat’ sepertinya dilantik sebagai pemimpin utama kepada keseluruhan ummah.

Jangan sama sekali kita menyokong Anwar Ibrahim sehingga Allah swt menurunkan bala serta musibah yang diri kita sendiri tidak mampu untuk memikulnya sepertimana di zaman Nabi Lut.

Pada realitinya juga, Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi dulu, kini dan selamanya kerana semua orang sudah tahu serta yakin bahawa beliau adalah ‘kaki peliwat.’



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...