Biar dilabel Makhluk Putar Alam, Rafizi tidak serik menabur fitnah

TTF: Rafizi Ramli tidak serik melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas walaupun dilabel ‘Mat Goreng’, ‘Sotong Goreng’ dan ‘Makhluk Putar Alam’ oleh kebanyakkan pembaca media alternatif yang kian meluat dengan perangainya. Sifatnya yang suka menabur fitnah terserlah menerusi beberapa kes mahkhamah, antaranya kes yang difailkan DS Ahmad Zahid Hamidi, DS Abdul Hadi Awang, DYMM Sultan Selangor, TS Abdul Khalid Ibrahim, DS Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur. Petikan berita Antarapos (bawah)memaparkan tuduhan beliau yang terkini:

KUALA LUMPUR: Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) menafikan tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, kononnya FIC ditipu dalam pembelian sebidang tanah di Empire Way, Wembley, London bernilai 34 juta Pound (RM190.66 juta).

FIC dalam satu kenyataan malam tadi berkata, wang berkenaan termasuk cukai dikenakan adalah untuk pembayaran dua bidang tanah dan bukan sebidang saja seperti didakwa Naib Presiden PKR itu yang disiarkan dalam laman webnya.

Naib Presiden PKR itu hanya menunjukkan satu dokumen saja, yang mendakwa harga sebidang tanah di Dexion House dan Howerine House berjumlah 20 juta Pound (RM112.127 juta).

Rafizi kemudian mendakwa FIC sekali lagi ditipu dengan nilai wang berjumlah 14 juta Pound (RM78.50 juta) apabila mendapati harga tanah berkenaan direkodkan sebagai 34 juta Pound (RM190.66 juta) dalam Penyata Kewangan FIC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 yang diaudit.

FIC menegaskan, kenyataan dibuat pada 22 Oktober dan 24 Oktober bahawa dua syarikat British Virgin Islands (BVI) iaitu FIC London Hotel (Private) Limited (FLH) dan FIC Global Limited (FGL), termasuk hartanah hak milik masing-masing iaitu The Park City Grand Plaza Kensington, Felda House dan Grand Felda House, kesemuanya adalah hak milik FIC sepenuhnya.

Ahli Lembaga Pengarah FIC yang baharu dilantik ingin memberi jaminan kepada orang ramai akan komitmen untuk menaik taraf aktiviti perniagaan dan proses urus tadbir korporat FIC.

FIC menjelaskan, Rafizi membuat pelbagai dakwaan yang tidak tepat dan mengelirukan ketika beliau mengadakan kenyataan menerusi laman web pada 26 Oktober lalu.

Ini dianggap sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan FIC kecewa berikutan beberapa kenyataan Rafizi yang dibuat tanpa memastikan ketepatannya terlebih dahulu.

Sumber: Antarapos

Comments

Comments