‘Bila patah akan tumbuh seribu, bila hilang pasti berganti’

Khairuddin Abu Hassan

ءبيلا ڤاته اكن تومبوه سريبو، بيلا هيلڠ ڤستي برڬنتيء

Saya akui bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang tokoh yang tiada tolok bandingnya serta anugerah Allah swt yang cukup teristimewa.

Tetapi dalam masa yang sama jangan lupa pada pepatah Melayu ‘patah tumbuh hilang berganti.’

Bila patah akan tumbuh seribu semula dan apabila hilang pasti akan berganti lagi.




Jangan lupa bahawa Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir adalah anakanda kepada tokoh negarawan terulung ini yang mempunyai pelbagai ciri-ciri yang dipelajari dari ayahanda beliau.

Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir dilahirkan dalam keluarga politik dan terdedah dengan pelbagai ilmu politik sejak beliau remaja lagi.

Sesungguhnya, Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir adalah seorang tokoh pemimpin pelapis yang berprinsip serta berwibawa dalam pelbagai segi.

Bukan saja terdedah dalam ilmu politik tetapi juga seorang ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai asas pengetahuan ekonomi yang baik juga.

Kita belum lihat warna sebenar Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir lagi.

Kini, selaku Presiden parti PEJUANG Tanahair beliau sudah pasti mengizinkan ayahanda beliau yang amat berpengalaman luas untuk mengemudi hala tuju parti terlebih dahulu.

Sesungguhnya, Presiden parti PEJUANG Tanahair ini adalah seorang yang banyak bekerja dari bercakap.

Loading...

Tumpuan Presiden parti PEJUANG buat masa ini hanyalah melaksanakan segala agenda yang disusun oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tambahan pula, Presiden parti PEJUANG Tanahair sedang dibantu secara effektif oleh Timbalan beliau iaitu Datuk Wira Marzuki Yahya.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin PEJUANG yang lain memainkan peranan masing-masing ke arah untuk kami memenangi sebeberapa banyak kerusi pada PRU15 yang akan datang.

Kami bukan jenis ‘bertelur sebiji riuh sekampung.’

Kalau kita toleh ke belakang sejarah telah membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad juga dulu tidak menyerlah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Berita-berita dan liputan media massa amat berkurangan mengenai beliau pada waktu itu.

Allahyarham Tun Hussein Onn banyak mengemudi pentadbiran negara ketika itu dan Tun Dr Mahathir Mohamad kurang bercakap tetapi hanya mengimplimentasikan segala buah pemikiran Tun Hussein Onn.

Namun, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke empat dalam sekelip mata kemajuan negara mula menyerlah secara amat memberangsangkan.

Dari sebuah negara sedang membangun; Tun Dr Mahathir Mohamad telah mentransformasikan Malaysia sehingga diiktiraf sebagai kuasa Asia baru dengan nama jolokan ‘Harimau Asia.’

Sejarah ini akan berulang kembali dan Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir akan mampu mengulangi sejarah ini.

Parti PEJUANG Tanahair tidak ketandusan pemimpin-pemimpinnya.

Semua pemimpin-pemimpin dalam parti PEJUANG Tanahair adalah terdiri dari kalangan berprinsip, bersih, cekap dan amanah.

Kita ada Datuk Wira Marzuki Yahya, Datuk Wira Amiruddin Hamzah, Dato Seri Dr Shahrudin dan tokoh-tokoh pemimpin muda yang baru.

Sesiapapun tidak boleh menafikan bahawa Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir adalah seorang tokoh pemimpin pelapis yang terbaik jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin pelapis yang lain khususnya dari segi prinsip serta integriti.

Selepas era kepimpinan emas Tun Dr Mahathir Mohamad lebih ramai muka-muka baru akan muncul kerana buat masa ini Pengerusi parti PEJUANG Tanahair sedang mengacukan serta mengilap bakat-bakat baru dalam PEJUANG.

Insya-Allah dengan izin Allah swt, kami akan berjaya menggalas amanah Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbaik dan teramanah yang mungkin.

Orang luar ramai yang tidak mengetahui agenda kepimpinan yang sedang disusun atur oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semua pihak mempunyai pandangan masing-masing mengenai parti PEJUANG Tanahair tetapi dalam masa yang sama kami lebih mengetahui hala tuju parti yang sedang diusahakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Parti PEJUANG Tanahair akan terus relevan seakhir zaman. Insya-Allah!! Ameen!!

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...