Blok Kuasa Ketiga akan jadi ‘kingmaker’, UMNO akan dibelasah teruk, PAS akan hilang Kedah, Terengganu

“Di peringkat negeri, saya menjangkakan bahawa PAS akan hilang pegangannya ke atas Kedah dan Terengganu andai kata calon-calon BKK bertanding menentang semua calon PAS dan UMNO di kedua-dua negeri itu”

Raggie Jessy Rithaudeen

بلوك كواس كتيڬ اكن جادي ءكيڠمقارء، امنو اكن دبلاسه تروق، ڤاس اكن هيلڠ قدح، ترڠڬانو

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Nota: Ramalan ini bersandar kepada andaian bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 akan diadakan samada hujung tahun ini atau tahun depan, dan Blok Kuasa Ketiga tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, Barisan Nasional atau Perikatan Nasional secara langsung dalam satu kumpulan.

Nisbah pengundi Melayu kepada bukan Melayu di Malaysia sentiasa meningkat, dan pada Pilihan Raya Umum ke-15, peningkatan ini akan menjadi cukup signifikan berbanding nisbah yang dicatatkan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Peningkatan ini akan disumbang oleh mereka yang berumur antara 21 dan 25 tahun, dan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada pengundi dalam kumpulan ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan A”) akan menolak terus politik ekstrim yang dibawa oleh parti-parti kerajaan seperti PAS, PPBM dan UMNO.




Malah, kumpulan A tidak akan mempercayai janji-janji yang ditabur oleh PAS, PPBM dan UMNO ketika kempen Pilihan Raya dan tidak akan terpengaruh dengan pemgumuman projek pembangunan atau sogokkan wang.

Begitu juga halnya dengan pengundi Melayu yang berumur antara 26-40 tahun, di mana 50-60 peratus daripada kumpulan ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan B”) dijangka akan menolak PAS, PPBM dan UMNO atas pelbagai sebab, ada di antaranya telah saya senaraikan di hujung bawah (rujuk di bawah terbitan ini).

Kumpulan-kumpulan A dan B akan mula cenderung ke arah satu alternatif baharu dan akan memilih blok kuasa ketiga (BKK) sambil menolak terus calon-calon Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Pada masa yang sama, jumlah pengundi fanatik PAS dan UMNO dari kalangan mereka yang berumur 65 tahun ke atas akan berkurang berbanding PRU14 disebabkan pelbagai faktor, termasuk faktor kematian dan ketidakupayaan.

Jika semua ini dinilai bersama dan jika diambil kira sokongan pengundi bukan Melayu (dijangka mencecah 50 peratus), BKK akan menjadi kingmaker selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dan akan memiliki kuasa penentu berhubung pembentukkan kerajaan baharu.

Syaratnya, BKK perlu diterajui oleh sebuah parti Melayu yang dominan dan seorang tokoh negarawan yang berpengalaman, dan tokoh negarawan ini perlu bersetuju untuk bekerjasama dengan sekurang kurangnya satu parti berbilang bangsa (WARISAN) dan calon-calon bebas.

Saya menjangkakan peralihan sokongan ramai ahli parlimen dari UMNO, PPBM, AMANAH dan PKR kepada BKK sebaik selepas parlimen bubar, andai kata ahli-ahli parlimen ini diberi peluang untuk bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai calon BKK.

Loading...

Jika strategi BKK dimantapkan lagi dan jika masalah ego dan komunikasi dapat diatasi, tidak mustahil blok ini akan memenangi majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Untuk itu, semua yang bertanding di bawah payung BKK wajib melafazkan ikrar bahawa mereka akan terus kekal bersama BKK dan tidak beralih sokongan ke parti lain biar apa pun keputusan Pilihan Raya Umum ke-15.

BKK perlu juga bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh UMNO, PAS dan PPBM di peringkat persekutuan dan negeri, dan perkara ini akan saya jelaskan dengan lebih lanjut dalam satu sesi live petang ini di Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (klik di sini).

Di peringkat negeri, saya menjangkakan bahawa PAS akan hilang pegangannya ke atas Kedah dan Terengganu andai kata calon-calon BKK bertanding menentang semua calon PAS dan UMNO di kedua-dua negeri itu.

Akhir kata, berikut merupakan sebab utama kenapa kumpulan-kumpulan A dan B dijangka akan menolak PAS, PPBM dan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15:

1. Kemaruk kuasa pemimpin-pemimpin PAS, UMNO dan PPBM yang berpolitik tak tentu hala tatkala rakyat menderita dan membunuh diri disebabkan penularan wabak Covid-19.

2. Peranan PAS, UMNO dan PPBM dalam kegilaan penularan wabak Covid-19 menerusi Pilihan Raya Negeri Sabah yang tercetus akibat perebutan jawatan Ketua Menteri antara UMNO dan PPBM.

3. Perpecahan teruk dalam perpaduan ummah disebabkan pergelutan kuasa dan percakaran terbuka melibatkan pemimpin-pemimpin PAS, PPBM dan UMNO yang menjaja konsep “penyatuan ummah” untuk menumbangkan kerajaan mandat rakyat.

4. Penumpuan PAS, PPBM dan UMNO terhadap misi menumbangkan kerajaan negeri pembangkang daripada usaha mengekang penularan wabak Covid-19 dan menjaga kebajikan rakyat.

5. Penglibatan menteri-menteri UMNO, PPBM dan PAS dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang terbukti gagal dan perlanjutan kawalan pergerakan ini bagi tempoh yang tidak masuk akal.

6. Kegagalan ahli-ahli parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan sepertimana yang dituntut oleh akar umbi parti.

7. Sandiwara yang dimainkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang berpura-pura menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memperdaya akar umbi.

RUJUK DI SINI BAGI PENJELASAN LANJUT

8. Perbincangan rahsia melibatkan Zahid, Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang dua pemimpin DAP dan persetujuan yang dicapai berhubung cadangan membentuk gabungan kerjasama melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

9. Sikap buruk sangka pemimpin-pemimpin PAS yang mengecam dan memfitnah mereka yang memacak bendera putih disebabkan terdesak dan kurang makanan.

10. Politik darjat yang diamalkan secara terbuka oleh pemimpin-pemimpin kerajaan, termasuk pemimpin-pemimpin PAS yang kononnya berjuang demi Agama dan tidak mementingkan darjat.

11. Sogokkan kuasa dan kedudukan yang ‘dihalalkan’ oleh PPBM, UMNO dan PAS, termasuk pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri hanya beberapa jam sebelum Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO.

WAJIB BACA:

Terkini: Muhyiddin Yassin tumbang, UMNO putuskan tarik sokongan terhadap kerajaan berkuatkuasa serta merta



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...