Blok Kuasa Ketiga Mahathir ketepi terus Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim

“Pengundi-pengundi Melayu-Islam dari Semenanjung akan teruja dengan keputusan Mahathir untuk mengenepikan Anwar dan PKR. Pengundi-pengundi ini turut akan melihat dengan jelas bahawa Mahathir sebenarnya tidak ‘dikawal’ oleh DAP sepertimana yang didakwa oleh cybertrooper Team A selama ini memandangkan beliau dengan jelas mengenepikan Pakatan Harapan semasa membentuk blok Kuasa Ketiga”

Raggie Jessy Rithaudeen

بلوك كواس كتيڬ محضير كتڤي تروس ڤاكتن هارڤن، انور إبراهيم

Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan pembentukkan sebuah blok bebas (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Blok Kuasa Ketiga” atau “BKK”) bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) “di dalam dan di luar Parlimen.”

Perkara ini dimaklumkan oleh Mahathir sendiri bersama lima Ahli Parlimen lain, iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).




Dalam mencapai keputusan itu, semua yang terbabit mengumumkan tidak akan bergabung dengan mana-mana gabungan, sekaligus bermakna Mahathir tidak perlu lagi mengendahkan sebarang keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ianya turut bermakna Mahathir tidak lagi mengiktiraf Pakatan Harapan Plus, tidak perlu menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan dan tidak perlu mengiktiraf Pakatan Harapan kika tidak difikirkan perlu memandangkan beliau kini menerajui blok miliknya sendiri.

Ini sejajar dengan apa yang saya ceritakan selama ini – pada dasarnya, Mahathir tidak pernah merasakan dirinya perlu bekerjasama dengan Anwar atau PKR dan tidak keberatan untuk mengasingkan dirinya daripada DAP dan AMANAH pada bila-bila masa.

Jika dilihat, keputusan Mahathir untuk membentuk BKK “di dalam dan di luar Parlimen” bermakna fokus utama beliau adalah terhadap kepimpinan BKK, bukannya ahli-ahli parlimen.

Ini memandangkan kesemua ahli parlimen akhirnya akan hilang kerusi yang dipegang oleh mereka serentak dengan pembubaran parlimen dan hanya akan bergelar pemimpin politik atau pemimpin bebas pada ketika itu.

Ini sekaligus bermakna, Mahathir sedang membuat persiapan ke arah Pilihan Raya Umum ke-15. Perlu diingatkan, fokus utama semua blok politik sebaik selepas parlimen dibubarkan adalah bilangan calon yang boleh dipertandingkan, bukannya bilangan kerusi yang dimiliki.

Sepintas lalu, Mahathir kini memiliki sokongan sebilangan tertentu ahli parlimen dari PPBM yang sedar karier politik mereka akan terkubur sebaik selepas parlimen Malaysia ke-14 dibubarkan (rujuk artikel bawah).

Loading...

Beliau turut memiliki sokongan ahli-ahli parlimen Team B (UMNO) dan Malaysia Timur (selain WARISAN) dalam peratusan yang agak besar, di mana ahli-ahli parlimen ini pasti akan bersama BKK kerana tidak sehaluan dengan Anwar atau mana-mana gabungan yang diterajuinya.

Sabah dan Sarawak pula dijangka akan lebih cenderung ke arah BKK berbanding Perikatan Nasional atau Muafakat Nasional sebaik sahaja parlimen dibubarkan.

Ini disebabkan faktor PAS, di mana faktor ini akan menjadi pertimbangan besar pelbagai suku kaum di Malaysia Timur, termasuk golongan Bumiputra Muslim biarpun PAS bersetuju untuk tidak bertanding di Sabah atau Sarawak.

Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketika Pilihan Raya Kecil di Sandakan yang berlangsung pada 11hb Mei 2019 – ramai terkejut apabila berlaku peralihan lebih enam peratus undi Bumiputra Muslim kepada calon dari DAP biarpun sentimen anti-DAP pada ketika itu memuncak di Semenanjung.

Ada yang mendakwa perkara ini tiada kaitan langsung dengan PAS atau Muafakat Nasional kerana Barisan Nasional tidak meletakkan sebarang calon di Sandakan dalam Pilihan Raya itu.

Tetapi mereka lupa, bukan hanya Barisan Nasional mengisytiharkan sokong penuh calon dari PBS, beberapa peimpin tersohor dari gabungan berkenaan, termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak, turun ke padang untuk membantu PBS berkempen.

Justeru, peralihan undi Bumiputra-Muslim yang berlaku di Sandakan menjadi petanda awal penolakkan politik UMNO-PAS di Sabah, lebih-lebih lagi memandangkan PBS pernah menjadi komponen Barisan Nasional dan masih lagi dianggap sebagai rakan karib gabungan berkenaan.

Sekiranya wujud opsyen “Kuasa Ketiga” pada Pilihan Raya Umum ke-15, pengundi dari Sabah dan Sarawak sudah pasti akan memilih opsyen berkenaan dalam bilangan yang agak ramai asalkan ia tidak melibatkan Anwar atau PAS.

Pengundi-pengundi Melayu-Islam dari Semenanjung pula akan teruja dengan keputusan Mahathir untuk mengenepikan Anwar dan PKR.

Pengundi-pengundi ini turut akan melihat dengan jelas bahawa Mahathir sebenarnya tidak ‘dikawal’ oleh DAP sepertimana yang didakwa oleh cybertrooper Team A selama ini memandangkan beliau dengan jelas mengenepikan Pakatan Harapan semasa membentuk BKK.

Pengundi-pengundi dari Sabah dan Sarawak pula akan teruja dengan keputusan Mahathir untuk mengekalkan pencalonan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri ke-9.

Semalam, Mahathir menegaskan, walaupun Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menamakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri namun keputusan itu tidak membabitkan beliau dan rakannya serta Warisan.

“Kami masih lagi berpegang kepada cadangan dibuat hasil dari perbincangan antara saya dengan pemimpin Warisan, Amanah dan DAP pada 25 Jun lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih berpegang kepada cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP yang mencadangkan Shafie sebagai calon Perdana Menteri, manakala Anwar dan Mukhriz masing-masing sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan II (pada mesyuarat 25 Jun).

Dr Mahathir berpandangan bahawa pencalonan Shafie sebagai perdana menteri adalah satu langkah positif yang perlu diambil demi meningkatkan hubungan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...