BN akan ‘bungkus’ jika PRU disegerakan – Ini sebabnya

“Berbekalkan semangat keyakinan bahawa system kehakiman Malaysia kini bebas daripada pengaruh politik, dan berdasarkan ucapan ‘hina mahkamah’ Zahid pada taklimat khas presiden baru-baru ini, ramai akan menghukum Zahid dan Barisan Nasional agar gabungan itu tidak berjaya membentuk kerajaan untuk mengelakkan risiko berlaku campurtangan dalam urusan kehakiman”

Raggie Jessy Rithaudeen

Nota: Keseluruhan kandungan artikel ini adalah berdasarkan jangkaan dan pembacaan peribadi saya berhubung situasi politik terkini

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi komitmen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tidak lama lagi.




Namun, dalam kenyataan sama, Mohamad Hasan mendedahkan kata-kata Ismail Sabri yang jelas berupa satu ‘petanda’, bukannya komitmen seperti yang didakwa.

Menurut Mohamad Hasan, Ismail Sabri tidak mendedahkan tarikh pilihan raya, tetapi sebaliknya berkata, “takkan nak bawa sampai tahun depan.”

Petanda sebegini adalah ‘standard’ dan lazimnya bersandar kepada situasi semasa – ianya boleh berubah menurut perkembangan lanskap politik dari masa ke semasa.

Seandainya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan dalam masa terdekat, Barisan Nasional dijangka akan mencatatkan prestasi jauh lebih buruk berbanding Pilihan Raya Umum ke-14.

Ini memandangkan sudah wujud kumpulan alternatif membabitkan gandingan parti-parti dan NGO-NGO bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam yang mampu menggantikan UMNO dan PAS.

Masyarakat Melayu-Islam secara amnya sudah muak dengan pertelagahan antara PAS, UMNO dan PPBM (Bersatu) yang membawa perpecahan teruk kepada ummah, pada tahap yang tidak sepertinya sebelum ini.

Pemenjaraan Datuk Seri Najib Tun Razak turut mencetus kesedaran di kalangan penyokong atas pagar dan sebilangan penyokong tegar Najib bahawa beliau tidaklah setelus dan sejujur yang disangkakan.

Loading...

Penyokong-penyokong ini memerhatikan sendiri bagaimana Najib dan pasukan peguamnya memperkotak-katikkan proses mahkamah dan menghina mahkamah dalam usaha terdesak Najib meraih simpati.

Tindak-tanduk Najib ini meyakinkan ramai bahawa beliau tidak mampu membela dirinya dan cuba menggunakan helah untuk menangguh rayuan terakhirnya, agar Pilihan Raya Umum dapat diadakan sebelum Mahkamah Persekutuan sempat membuat keputusan.

Pemenjaraan Najib turut mengembalikan keyakinan rakyat terhadap system kehakiman Malaysia, dan ramai dijangka akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Jika peratus yang keluar mengundi mencecah angka 85, bukan hanya Barisan Nasional akan dibelasah teruk, rakyat akan menolak gabungan itu atas kepercayaan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak diadakan Pilihan Raya Umum awal untuk menyelamatkan tengkuknya.

Berbekalkan semangat keyakinan bahawa system kehakiman Malaysia kini bebas daripada pengaruh politik, dan berdasarkan ucapan ‘hina mahkamah’ Zahid pada taklimat khas presiden baru-baru ini, ramai akan menghukum Zahid dan Barisan Nasional agar gabungan itu tidak berjaya membentuk kerajaan untuk mengelakkan risiko berlaku campurtangan dalam urusan kehakiman.

Rata-ratanya, majoriti rakyat Malaysia inginkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan setelah tamat tempoh penuh penggal parlimen ke-14 dan ingin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri dalam tempoh itu.

Saya juga menjangkakan bahawa BN akan tetap kalah Pilihan Raya Umum ke-15 sekalipun diadakan tahun depan, malah tidak ada mana-mana perkumpulan politik yang mampu menang dengan mudah.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...