BN bertanding untuk apa di Cameron Highlands?

A’zlan Hj Abu Bakar

Barisan Nasional (BN) vs Pakatan Harapan (PH)

Andai ditanya, sudah tentu dikata “Ehh, mestilah BN bertanding sebab nak lawan PH. Dan sejak dulu memang begini.”

Ketahuilah semua, isi yang tersiratnya BUKANLAH BN ini bertanding untuk MELAWAN PH. Sejak dahulu, BN ini bukan bersifat MELAWAN Parti lawan semata-mata sehingga SANGGUP MEMFITNAH, MENGUGUT, MENIPU JANJI mahupun MEMBELI UNDI seperti mana tujuan Pakatan Harapan dilahirkan demi mendapatkan kuasa.




Andai lah BN mengharapkan kemenangan di PRK Cameron Highlands, ia tidak lansung akan mengubah Kerajaan Malaysia Baru hari ini.

Jadi, inilah jawapan tersirat yang mungkin antara kita ada yang menyedarinya. Sebenarnya BN masih berdiri untuk menghamba diri kepada rakyat dalam meletakkan calon di PRK ini adalah untuk memastikan rakyat masih lagi ada peluang bagi menilai serta melihat sendiri parti mana yang lebih baik bersifat rakyat. BN bukanlah bersifat propa semata-mata, namun BN lebih membawa agenda kebajikan serta kemajuan masa hadapan.

Oleh itu, masa hadapan adalah dari kita. Kita mencorak dan melakukan bersama. BN meletakkan calon adalah untuk rakyat, dan bukanlah untuk “melawan” parti lawan sehingga sanggup mengugut serta membeli undi rakyat. Biarlah pilihan itu dinilai sendiri oleh rakyat Cameron Highlands.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...