BN dituduh cipta naratif ‘tiada harapan untuk Malaysia’ supaya orang tidak mengundi

Chin Tong mendedahkan bahawa suara yang mengajak orang untuk tidak keluar mengundi bermula sejak pilihan raya negeri Sarawak Johor dan Melaka. Sumber (gambar): Fail TTF

بن دتودوه چيڤتا ناراتيف ‘تياد هارڤن اونتوق مليسيا’ سوڤاي اورڠ تيدق مڠوندي

Barisan Nasional didakwa cuba mencipta nararif ‘mengundi itu membuang masa’, ‘tiada guna kita keluar mengundi’ dan ‘tiada harapan lagi untuk Malaysia’.

Demikian menurut Ketua DAP Johor, Liew Chin Tong, yang mendakwa naratif negatif tersebut untuk menggalakkan rakyat tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Setelah pilihan raya negeri Sarawak pada Mei 2016 serta pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Jun tahun yang sama, muncul suara-suara mengajak rakyat jangan mengundi, kononnya “undi tidak bermakna” dan “kedua-dua pihak sama sahaja”.

“BN sedar ia hanya mampu meraih undi penyokong tegarnya. Itu tidak cukup untuk menang. Ia sedar majoriti pengundi atas pagar masih tidak bersamanya.”


Barisan Nasional didakwa cuba mencipta nararif ‘mengundi itu membuang masa’, ‘tiada guna kita keluar mengundi’ dan ‘tiada harapan lagi untuk Malaysia’.

Demikian menurut Ketua DAP Johor, Liew Chin Tong, yang mendakwa naratif negatif tersebut untuk menggalakkan rakyat tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).




Menurut laporan, Chin Tong mendedahkan bahawa suara yang mengajak orang untuk tidak keluar mengundi bermula sejak pilihan raya negeri Sarawak Johor dan Melaka.

“Setelah pilihan raya negeri Sarawak pada Mei 2016 serta pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Jun tahun yang sama, muncul suara-suara mengajak rakyat jangan mengundi, kononnya “undi tidak bermakna” dan “kedua-dua pihak sama sahaja”.

“BN sedar ia hanya mampu meraih undi penyokong tegarnya. Itu tidak cukup untuk menang. Ia sedar majoriti pengundi atas pagar masih tidak bersamanya.

“Kerana itulah BN mencipta naratif “mengundi itu membuang masa’, ‘tiada guna kita keluar mengundi’ dan ‘tiada harapan lagi untuk Malaysia’. Semua mesej negatif hanya bertujuan untuk menggalakkan rakyat supaya tidak keluar mengundi,” kata Chin Tong.

Namun, dakwaan ini disangkal oleh Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki, yang berkata, pembangkang sebelum ini menuduh gabungan itu gila kuasa kerana mendesak Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya.

“Lepas bubar tuduh pula BN ‘cipta naratif mengundi itu buang masa. Yang mana satu ni,” soal Asyraf di Facebook.

THE THIRD FORCE

Daripada laporan Free Malaysia Today dan Malaysia Gazette

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...