Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
1. Saya mengucapkan takziah atas kematian YB ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee akibat kemalangan jalan raya awal pagi ini.
2. Dalam isu kematian biarpun berbeza agama, apatah lagi berbeza politik, tidak seharusnya terdapat rasa kebencian yang disimbahkan.
3. Umno tidak boleh menerima sesiapa saja di kalangan ahlinya yang mengeluarkan kenyataan yang berupa seranah, biarpun semasa hayatnya mendiang mungkin pernah melakukan kesilapan dengan menghamburkan kata-kata kesat yang berupa cacian.
4. Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calonnya setelah SPR mengumumkan secara rasmi kekosongan kerusi DUN Balakong.
5. Calon yang akan dipilih kelak akan ditentukan setelah perbincangan mengenai perkara itu pada mesyuarat parti-parti komponen BN.
6. Calon yang bertanding akan dipilih daripada nama-nama yang akan dikemukakan oleh parti komponen yang meletakkan calonnya pada PRU ke-14 lalu.
Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Pengerusi Barisan Nasional
