
بن سيلڤ كالاو راس ڤرو15 موده – اننوار موسى
Ketua Umno Ketereh, Annuar Musa mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlebih yakin dalam menghadapi parti lawan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Sebenarnya, cabaran perlu dihadapi BN sangat besar dan saya secara jujur menyatakan kalau rakan dalam BN merasakan ini satu pilihan raya yang mudah, saya rasa kita silap.
“Pertamanya kita menghadapi jumlah pengundi muda yang ramai bila kita ada Undi18. Kedua, kita melalui episod pertukaran tiga kerajaan yang akan membuatkan rakyat membuat penilaian kepada ketiga-tiga tempoh berkenaan,” katanya selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Pulau Bahagia, Manir, Hulu Terengganu.
Hari ini, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi enggan “ambil pusing” dapatan kajian pihak tertentu yang mendakwa sokongan pengundi Melayu sudah beralih kepada Perikatan Nasional (PN), sambil berkata beliau telah ambil maklum dengan beberapa kajian terkini.
PETALING JAYA: Ketua Umno Ketereh, Annuar Musa mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlebih yakin dalam menghadapi parti lawan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Sebenarnya, cabaran perlu dihadapi BN sangat besar dan saya secara jujur menyatakan kalau rakan dalam BN merasakan ini satu pilihan raya yang mudah, saya rasa kita silap.
“Pertamanya kita menghadapi jumlah pengundi muda yang ramai bila kita ada Undi18. Kedua, kita melalui episod pertukaran tiga kerajaan yang akan membuatkan rakyat membuat penilaian kepada ketiga-tiga tempoh berkenaan,” katanya selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Pulau Bahagia, Manir, Hulu Terengganu.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Annuar berkata, selain tentangan diberikan oleh parti-parti agak sengit, masalah dalaman Umno sendiri turut perlu diuruskan parti itu.
“Jadi, saya merasakan PRU ini sangat mencabar dan bukan satu laluan yang mudah. Jentera Umno terutama di ibu pejabat perlu melipatgandakan usaha,” katanya.
TONTON: GTA, GPS SAH KINGMAKER
Hari ini, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi enggan “ambil pusing” dapatan kajian pihak tertentu yang mendakwa sokongan pengundi Melayu sudah beralih kepada Perikatan Nasional (PN), sambil berkata beliau telah ambil maklum dengan beberapa kajian terkini.
“Saya telah melakukan pemerhatian terhadap keputusan beberapa penyelidikan dan bukannya hanya satu institut, tapi banyak institut.
“Berdasarkan kepada perbandingan yang kami buat daripada data diperolehi, gelombang sokongan tanpa mengira kaum sudah terarah kepada calon BN,” katanya.
Sebelum ini, kajian Merdeka Center, baru-baru ini, melaporkan sokongan pengundi Melayu lebih memihak kepada PN iaitu sebanyak 35%, manakala sokongan pengundi Melayu kepada BN adalah lebih rendah iaitu 28%.
Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan turut menyuarakan keyakinan bahawa BN akan menang 112 daripada 178 kerusi Parlimen ditandingi di Semenanjung dan Sabah pada PRU15.
“(Malah) kami yakin GPS akan bersama kami kerana BN tidak bertanding di Sarawak, tidak seperti PN dan PH,” katanya.
Rakyat akan keluar mengundi pada 19 Nov ini, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 15 Nov.
Sumber:
