‘Bohong, saya tidak temui Ismail Sabri baru-baru ini’ – Mahathir

ءبوهوڠ، ساي تيدق تموي اسماعيل صبري بارو-بارو اينء – محضير

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan tidak pernah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, sekaligus bermakna dakwaan ahli UMNO Lokman Noor Adam (Lokman Adam) adalah palsu dan berunsur fitnah.

Ketika ditanya wakil media pada sidang akhbar selepas menghadiri Himpunan Nasional 2022 Parti Berjasa di Dewan Tun Abdul Razak, Mahathir berkata, kalau ada pun perjumpaan, ianya berlaku sebelum Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini, Lokman mendakwa berlaku pertemuan antara Mahathir dan Ismail Sabri sehari sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat  pada 27 Ogos 2022 di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, dan laporan berkenaan diklasifikasi sebagai kes jenayah (BACA BUTIRAN PENUH LAPORAN DI SINI).

Menurut polis, sudah ada satu laporan berkait perkara sama yang dibuat di Sentul, dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.


Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan tidak pernah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, sekaligus bermakna dakwaan ahli UMNO Lokman Noor Adam (Lokman Adam) adalah palsu dan berunsur fitnah.




Ketika ditanya wakil media pada sidang akhbar selepas menghadiri Himpunan Nasional 2022 Parti Berjasa di Dewan Tun Abdul Razak, Mahathir berkata, kalau ada pun perjumpaan, ianya berlaku sebelum Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.

“Itu bohong. Saya tak temui Ismail (Sabri). Kalau terakhir saya jumpa beliau sebelum jadi Perdana Menteri. Ismail Sabri datang jumpa saya untuk dapatkan nasihat

“Selepas beliau jadi Perdana Menteri, tak ada bertemu,” katanya.

Sebelum ini, Lokman mendakwa berlaku pertemuan antara Mahathir dan Ismail Sabri sehari sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara 12 tahun terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd.

Dalam satu video yang dimuat naik ke You Tube Lokman Adam, Lokman antara lain berkata, Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Mahathir walaupun ketua-ketua UMNO bahagian berada di PWTC untuk berjumpa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Lokman kemudian menuduh Ismail Sabri “meneruskan rancangan jahat Tun Dr Mahathir” terhadap Najib, yang dikatakan melibatkan “pendakwaan terpilih dan ‘malicious prosecution” terhadap bekas perdana menteri itu.

“Tun Dr Mahathir sudah tidak berkuasa, tetapi hari ini, rancangan jahat Tun Dr Mahathir ini diteruskan oleh Ismail Sabri,” katanya.

Loading...

Susulan itu, satu laporan polis dibuat  pada 27 Ogos 2022 di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, dan laporan berkenaan diklasifikasi sebagai kes jenayah (BACA BUTIRAN PENUH LAPORAN DI SINI).

Menurut polis, sudah ada satu laporan berkait perkara sama yang dibuat di Sentul, dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...