
“Saya sarankan agar Guan Eng dan Mohamad Sabu terus ke rumah Anwar selepas ini dan kejutkannya sebelum terlambat…”
Raggie Jessy Rithaudeen
بوليه سسياڤا تولوڠ كجوتكن انور إبراهيم؟
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Ramai kenalan saya terkejut membaca terbitan sebuah portal yang mendakwa, Pakatan Harapan mahu Yang di-Pertuan Agong meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan atas alasan tiada majoriti.
Yang mengejutkan bukannya babak Yang di-Pertuan Agong diminta memecat Muhyiddin, tetapi niat Pakatan Harapan membuat permintaan itu.
Menurut portal tersebut, Pakatan Harapan membuat gesaan itu bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Jika benar apa yang didakwa, saya hairan bagaimana kepimpinan Pakatan Harapan boleh terus percaya Anwar setelah ditipu berulang kali sehingga Anwar menjadi bahan “lawak antarabangsa.”
Malah, jika dilihat keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah, jelas sekali rakyat Sabah menolak PKR setelah didendangkan dengan berita kononnya Anwar sudah berjaya memperolehi sokongan majoriti yang ‘meyakinkan’ dan mungkin menjadi Perdana Menteri.
Ini terbukti apabila PKR hampir hangus di Sabah, manakala parti yang mendokong perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad, WARISAN, jelas menunjukkan peningkatan berbanding keputusan Pilihan Raya Negeri 2018.
BACA JUGA: MUHYIDDIN TERUS MENERUS MENGHINA MARUAH RAJA-RAJA MELAYU TANPA SEGAN SILU
Di sini sahaja dapat dilihat betapa meningkatnya sokongan terhadap Mahathir dan betapa menyusutnya penerimaan rakyat terhadap Anwar.
Saya amat hairan bagaimana Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu tidak sedar akan perkara ini dan boleh terus ditipu oleh Anwar.
Mereka sendiri tahu bahawa Anwar tidak berjaya mengumpul lebih dari 49 akuan bersumpah sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah dan tidak mampu menunjukkan sebarang bukti sokongan sahih apabila menghadap Yang Di-Pertuan Agong.
Saya sarankan agar Guan Eng dan Mohamad Sabu terus ke rumah Anwar selepas ini dan kejutkannya dari tidur kerana saya khuatir Anwar sedang bermimpi di siang hari dan masih tidak mampu berdepan dengan realiti.
WAJIB BACA:

