Boris Johnson PM baharu Britain menggantikan Theresa May

Tiga Menteri Kabinet sudah menyatakan tidak akan berkhidmat di bawah Johnson, berkata memutuskan hubungan dengan rakan dagangan paling rapat Britain dengan tiada perjanjian amat tidak bertanggungjawab. Sumber (gambar): The Irish Times

Boris Johson menang persaingan menjadi Perdana Menteri Britain hari ini, tetapi berhadapan konfrontasi berhubung Brexit dengan Brussels dan anggota partinya sendiri selain ketegangan diplomatik dengan Iran.

Beliau dijangka akan disahkan sebagai Perdana Menteri esok, apabila penyandang terdahulu, Theresa May, menyerahkan notis peletakan jawatan secara rasmi kepada Ratu Elizabeth II.

Johnson mengetuai kempen Brexit pada 2016 dan berkata tarikh akhir 31 Oktober ini perlu dipatuhi, dengan atau tanpa perjanjian perpisahan dengan EU.


LONDON: Boris Johson menang persaingan menjadi Perdana Menteri Britain hari ini, tetapi berhadapan konfrontasi berhubung Brexit dengan Brussels dan anggota partinya sendiri selain ketegangan diplomatik dengan Iran.

Bekas Datuk Bandar London itu mudah menewaskan pencabarnya, Setiausaha Luar Jeremy Hunt, dalam undian yang diadakan dalam kalangan anggota Parti Konservatif.




Beliau dijangka akan disahkan sebagai Perdana Menteri esok, apabila penyandang terdahulu, Theresa May, menyerahkan notis peletakan jawatan secara rasmi kepada Ratu Elizabeth II.

Ia satu kejayaan bagi lelaki yang memang mahukan jawatan tertinggi itu, tetapi Johnson yang dikenali dengan jenaka dan keceluparan, mengambil alih kedudukan itu ketika pergolakan politik besar.

Tiga tahun selepas undian pungutan suara meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), Britain kekal sebagai anggota, selepas penangguhan penarikan diri sebanyak dua kali di tengah pertelingkahan berterusan di Parlimen yang berpecah, dan negara, mengenai cara untuk meneruskan kehidupan.

Johnson mengetuai kempen Brexit pada 2016 dan berkata tarikh akhir 31 Oktober ini perlu dipatuhi, dengan atau tanpa perjanjian perpisahan dengan EU.

Namun Brussels berkata, ia tidak akan merundingkan semula perjanjian yang dicapai dengan May, bertujuan memudahkan pengakhiran hubungan selama 46 tahun itu, tetapi ditolak ahli Parlimen.

Majoriti ahli perundangan menolak Brexit tanpa sebarang perjanjian, termasuk ramai rakan Johnson sendiri.

Tiga Menteri Kabinet sudah menyatakan tidak akan berkhidmat di bawah Johnson, berkata memutuskan hubungan dengan rakan dagangan paling rapat Britain dengan tiada perjanjian amat tidak bertanggungjawab.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...