BRIM menjadikan rakyat Malaysia malas?

Phantom of the Pakatan Opera

Sebagai penerima BR1M, sememangnya aku setuju dengan kenyataan tu. Selepas dapat BR1M aku terus duduk rumah je, tak berminat untuk pergi kerja dan malas untuk cari kerja.

RM 400 yang dibayar pada bulan Mac, Jun dan Ogos sememangnya cukup selepas dibahagi dua untuk aku dan orang rumah untuk survive kat KL…

Sekarang ni pun duit BR1M yg bulan ogos masih belum abis digunakan, cukup lah untuk sampai ke tahun depan.

Macam mana boleh cukup?

Sebabnya selepas Pakatan Harapan menang, tol dah dihapuskan, harga petrol ron 95 pun dah jadi RM 1.50, harga barangan jatuh mendadak selepas GST jadi 0% bila pegi aeon big dengan rm 50 dah penuh satu troli, peluang pekerjaan pun banyak sangat sampai tak tau nak pilih yang mana last sekali pilih untuk tak bekerja sebab dah dapat BR1M…

Rasanya tahun depan aku dah tak dapat BR1M ni, so start tahun depan jugak aku akan jadi seorang yang rajin.

Akhir sekali, aku masih mengharapkan atuk akan u turn dalam bab BR1M ni… Mungkin sekarang atuk cakap nak stop, kemudian atuk akan cakap tak muktamad lagi…

Comments

Comments