Bubar Dewan Undangan Negeri Sabah: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah diminta siasat Yang Dipertua Negeri

Juhar didakwa pernah membantu memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk  melompat parti pada Mei 2018 bagi menyokong Mohd. Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah. Sumber (gambar): FMT

بوبر ديوان اوندڠن نڬري سابه: سوروهنجاي ڤينچيڬاهن رسواه دمينتا سياست يڠ دڤرتوا نڬري

Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin kerana menyalah guna kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu. 

Menurut Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar, penyalahgunaan kuasa pernah dilakukan Juhar terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dipecat kerana hilang kuasa majoriti pada Mei tahun lalu, namun, tindakannya berbeza terhadap Ketua Menteri terkini, Datuk Seri Shafie Apdal. 

Kini, kata Zulkarnain, Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari selepas pengisytiharaan pembubaran dilakukan.

Perkara tersebut, katanya, dikatakan tidak relevan buat masa ini kerana negara masih berada dalam proses pemulihan daripada wabak Covid 19. 


PUTRAJAYA: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin kerana menyalah guna kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Menurut Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar, penyalahgunaan kuasa pernah dilakukan Juhar terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dipecat kerana hilang kuasa majoriti pada Mei tahun lalu, namun, tindakannya berbeza terhadap Ketua Menteri terkini, Datuk Seri Shafie Apdal.




“Musa ketika itu terus diturunkan daripada jawatan apabila hilang majoriti, namun, apabila perkara yang sama berlaku ke atas Ketua Menteri Sabah sekarang, Mohd. Shafie, Juhar terus menerima cadangan untuk membubarkan DUN.

“Kami melihat pembubaran tersebut hanyalah satu langkah politik bagi menyelamatkan kedudukan Mohd. Shafie sahaja,” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan itu ke Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.

G57 merasakan adanya satu pakatan di antara kedua-duanya apabila Juhar bersetuju membubarkan DUN setelah menerima permohonan daripada Mohd. Shafie.

Zulkarnain mendakwa, Juhar juga pernah membantu memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk  melompat parti pada Mei 2018 bagi menyokong Mohd. Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah.

“Sebagai imbuhannya, Mohd. Shafie dipercayai membantu menggubal undang-undang negeri untuk tidak lagi mengehad tempoh jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah yang sebelum ini hanyalah dua penggal sahaja,” katanya.

Kini, kata Zulkarnain, Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari selepas pengisytiharaan pembubaran dilakukan.

Perkara tersebut, katanya, dikatakan tidak relevan buat masa ini kerana negara masih berada dalam proses pemulihan daripada wabak Covid 19.

Loading...

Jelas Zulkarnain lagi, Sabah tidak seperti negeri-negeri di semenanjung Malaysia kerana kawasannya agak luas dan sukar untuk mengawal penularan kes Covid-19 apabila proses PRN dilaksanakan.

“Selain kerisauan berkenaan penularan wabak Covid 19, pelaksanaan PRN juga memerlukan kos yang tinggi dan ini adalah satu pembaziran wang rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut mendakwa, Mohd. Shafie turut menyalah guna kuasa memberi tender secara terus bernilai bilion ringgit dan memohon SPRM turut menyiasat perkara tersebut.

Rabu lalu, Musa memberitahu telah  memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru dalam gabungan yang melibatkan beberapa pihak.

Musa mengatakan bahawa dia akan segera bertemu Juhar untuk menyerahkan perakuan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokongnya.

Pentadbiran yang dipimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) di bawah Shafie kini memegang 45 kerusi dalam perhimpunan 65 kerusi manakala Musa, ADUN Sungai Sibuga hanya memerlukan sejumlah 33 ADUN untuk mendapatkan majoriti  mudah.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 12 ADUN dari gabungan pemerintah yang terdiri daripada Warisan, DAP, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyertai gabungan parti-parti bersama UMNO.

Musa memimpin barisan pembangkang dengan 20 ADUN – sembilan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), empat Parti Bersatu Sabah (PBS), tiga Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Sabah STAR), satu UMNO dan tiga bebas.

Musa memerlukan 13 ADUN untuk bergabung dengan pihaknya untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Buat masa ini, Mohd Shafie masih kekal sebagai Ketua Menteri sehingga selesai pilihan raya negeri dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...