Bubar parlimen – Desas desus ‘sumber’ UMNO yang membuang masa

“Kesemua ini membuang masa, dan dalangnya adalah pucuk pimpinan UMNO, yang tidak serik mengadakan perhimpunan demi perhimpunan untuk menekan Perdana Menteri agar tarikh pembubaran parlimen diusulkan segera (rujuk video di bawah, atau klik di sini)”

Raggie Jessy Rithaudeen

بوبر ڤرليمين – ديساس دسوس ءسومبرء امنو يڠ ممبواڠ ماس

Mula-mula, timbul dakwaan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong pada Rabu, 5hb Oktober 2022 untuk mengusulkan pembubaran parlimen.




Ini tidak berlaku.

Kemudian, timbul desas-desus bahawa Perdana Menteri akan mengusulkan tarikh pembubaran dalam pertemuannya dengan Yang Di-Pertuan Agong pada Khamis, 6hb Oktober 2022.

Ini turut tidak berlaku.

Seterusnya, ada yang mendakwa kononnya Parlimen akan bubar hari ini, seolah-olah mereka mendapat maklumat Yang Di-Pertuan Agong akan membuat pengisytiharan secara mengejut sebelum Belanjawan sempat dibentangkan.

Tidak berlaku juga.

Berdasarkan kajian, semua ura-ura dan desas-desus yang ditimbulkan berkait dengan ‘sumber-sumber’ yang tidak dinamakan, dan ramai di kalangan ‘sumber-sumber’ ini membuat tafsiran berdasarkan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu taklimat tertutup.

Namun, tidak ada seorang pun yang mengaku mendengar sendiri daripada Perdana Menteri bahawa beliau diberikan tarikh pembubaran spesifik oleh Zahid untuk dicadangkan kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Loading...

Kesemua ini membuang masa, dan dalangnya adalah pucuk pimpinan UMNO, yang tidak serik mengadakan perhimpunan demi perhimpunan untuk menekan Perdana Menteri agar tarikh pembubaran parlimen diusulkan segera (rujuk video di bawah, atau klik di sini).

Daripada mendengar semua desas-desus ini, adalah lebih baik rakyat bertumpu kepada kenyataan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri.

Menurut Ismail Sabri, kuasa untuk tentukan samada perlu mengusulkan tarikh pembubaran parlimen kepada Yang Di-Pertuan Agong adalah kuasa prerogative Perdana Menteri.

Perdana Menteri turut mengeaskan bahawa tidak ada sebarang parti politik yang boleh mempengaruhi Perdana Menteri dalam membuat keputusan.

Ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang buta parti dalam segala hal, malah perlantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri oleh Yang Di-Pertuan Agong berkait sepenuhnya dengan keahlian beliau di Dewan Rakyat, bukan parti politik.

Justeru, Ismail Sabri selaku Perdana Menteri hanya bertanggungjawab kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Kabinet Persekutuan yang ditubuhkan untuk membantunya dalam tadbir urus negara, bukannya kepada presiden UMNO.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...