Bubar parlimen: Ismail Sabri, Kluster Mahkamah tidak sepakat, keputusan penting lepas Aidilfitri

“Ismail Sabri bukannya bodoh, dan ada sebab beliau bersetuju dengan MKT untuk tidak meneruskan MoU selepas 31hb Julai 2022”

Raggie Jessy Rithaudeen

بوبر ڤرليمين: اسماعيل صبري، قلوستر محكمه تيدق سڤاكت، كڤوتوسن ڤنتيڠ لڤس عيدالفطري

Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum ini menetapkan, bahawa MoU yang ditandatangani antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “MoU”) tidak akan diteruskan selepas 31hb Julai 2022.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Namun, ada beberapa kecacatan dan kepelikkan yang amat nyata dalam ketetapan ini, antaranya;




1. keputusan samada meneruskan MoU atau menamatkannya, dalam apa jua keadaan, terletak pada kepimpinan Pakatan Harapan dan barisan Jemaah Menteri, bukannya pada UMNO.

2. Ini kerana MoU adalah di antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan, bukannya bersama UMNO.

3. MoU bukannya berkuatkuasa sehingga 31hb Julai 2022 sepertimana yang diwar-warkan oleh UMNO selama ini, tetapi sehingga Parlimen Malaysia ke-14 dibubarkan.

4. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam mukasurat keempat MoU, berserta ketetapan bahawa parlimen tidak harus dibubarkan sebelum 31hb Julai 2022.

5. Ini bermakna, jika parlimen dibubarkan pada 1hb Jun 2023, MoU masih terpakai sehingga 31hb Mei 2023.

6. MoU hanya akan berakhir pada 31hb Julai 2022 sekiranya parlimen dibubarkan pada 1hb Ogos 2022.

TONTON: ADA SEPERKARA BN, PH TIDAK MUNGKIN SELESAIKAN

MKT UMNO tahu semua ini, tetapi sengaja membuat ketetapan bahawa MoU tidak akan diteruskan selepas 31hb Julai 2022.

Loading...

Tahu kenapa?

Sebab Kluster Mahkamah ingin memberi isyarat jelas kepada Ismail Sabri, yang turut menghadiri mesyuarat MKT, bahawa parlimen wajib dibubarkan selewat-lewatnya pada 1hb Ogos 2022.

Menurut sumber, Ismail Sabri tidak begitu gembira dengan ‘isyarat’ ini dan tidak bersetuju untuk mengusulkan pembubaran parlimen kepada Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan ketetapan MKT.

Ini kerana MKT hanya sekadar ‘mencadangkan’ nama Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri dan tidak menetapkannya secara hitam putih.

Keenganan MKT membuat penetapan ini mencadangkan Zahid langsung tidak berminat untuk menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

Cuba tanya diri sendiri, jika benar Zahid yakin pada Ismail Sabri, buat apa bersusah payah mengusulkan pembubaran parlimen?

Bukankah lebih mudah menyokong pelanjutan MoU selepas 31hb Julai 2022 agar Ismail Sabri kekal sebagai perdana menteri dan menurut syarat-syarat Kluster Mahkmah kerana ‘terhutang budi’?

Di sini sahaja anda boleh lihat bahawa Kluster Mahkamah tidak yakin dengan Ismail Sabri dan tidak ada sebarang keinginan untuk mencalonkannya sebagai Perdana Menteri.

Ismail Sabri bukannya bodoh, dan menurut sumber, ada sebab beliau bersetuju dengan MKT untuk tidak meneruskan MoU selepas 31hb Julai 2022.

Ismail Sabri tahu bahawa kerajaan boleh memasuki perjanjian atau persefahaman baharu dengan Pakatan Harapan selepas 31hb Julai 2022.

Menerusi perjanjian baru ini, Ismail Sabri boleh sahaja memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sebagai balasan, Pakatan Harapan perlu menyokong dan mempertahankan kepimpinan Ismail Sabri dalam apa jua keadaan sehingga penggal penuh parlimen ke-14 tamat pada Julai 2023.

Jika Zahid ingin meyakinkan Ismail Sabri untuk mengusulkan pembubaran parlimen, beliau perlu meyakinkan MKT untuk membuat ketetapan secara hitam putih bahawa Ismail Sabri akan menjadi calon Perdana Menteri tunggal Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Inilah opsyen kedua yang sedang dipertimbangkan oleh Kluster Mahkamah, selain opsyen pertama, iaitu menarik sokongan terhadap Ismail Sabri sekiranya ada tanda-tanda perjanjian baru akan dimetrai antara kerajaan dan Pakatan Harapan.

Jangan lupa, UMNO tidak pernah memasuki sebarang MoU bersama kerajaan, bermakna tidak ada sebarang halangan jika Kluster Mahkamah menarik sokongan terhadap Ismail Sabri sebelum 31hb Julai 2022.

Andai kata Kluster Mahkamah menarik sokongan terhadap Ismail Sabri dalam masa terdekat, Yang Di-Pertuan Agong akan berdepan dengan beberapa pilihan, antaranya;

a. menerima akuan-akuan bersumpah daripada Kluster Mahkamah sebagai bukti Ismail Sabri hilang majoriti, sebelum mengadakan pertemuan dengan semua MP (sepertimana yang berlaku ketika Langkah Sheraton) untuk mengesahkan siapa yang mendapat sokongan majoriti.

b. menetapkan bahawa keabsahan kerajaan pimpinan Ismail Sabri hanya boleh ditentukan menerusi proses parlimen dan bukannya berpandukan kepada surat akuan bersumpah

c. membubarkan parlimen dan bersetuju agar Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan, atau

d. mengisytiharkan Darurat Politik dan menubuhkan Mageran, Majlis Pemulihan Negara (versi Tun Dr Mahathir Mohamad), The Rakyat’s Council atau sebarang bentuk Majlis lain yang difikirkan sesuai bagi mentadbir urus negara sehingga masalah politik dapat diatasi.

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...