Bubar tak bubar – Baca dengan teliti kenyataan sebenar Ismail Sabri di bawah

“Kenyataan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri mencadangkan bahawa beliau hanya mengiktiraf ‘ketetapan’ UMNO sebagai satu cadangan semata-mata, dan bersetuju (atas budi bicaranya) untuk membangkitkan cadangan ini pada mesyuarat Kabinet.

Raggie Jessy Rithaudeen

بوبر تق بوبر – باچ دڠن تليتي كڽاتأن سبنر اسماعيل صبري د باوه

TONTON JUGA: AKAR UMBI UMNO MAKIN LEMAH SEMANGAT SEBAB ZAHID

Kenyataan terkini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung Top Five UMNO dan pembubaran parlimen sekali lagi menimbulkan banyak persoalan, dan disebabkan itu, berpuluh-puluh pertanyaan diajukan kepada saya berhubung Pilhan Raya Umum ke-15.

Terus-terang, saya tidak mungkin tahu bila parlimen akan dibubarkan atau bila Pilhan Raya Umum ke-15 akan diadakan.




Namun, untuk memberikan satu penjelasan komprehensif dari sudut perlembagaan persekutuan, saya telah menampilkan dua set kenyataan yang dilafazkan oleh Ismail Sabri sendiri – satu sebagai Naib Presiden UMNO, dan satu lagi sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan-kenyataan ini akan memudahkan lagi pemahaman anda tentang dua peranan berbeza yang dimainkan oleh Ismail Sabri, di mana kedua-dua peranan ini saling tidak bertindih dan memerlukan beliau membuat kenyataan berbeza-beza yang berpotensi menimbulkan kekeliruan.

1.     KENYATAAN ISMAIL SABRI SEBAGAI PERDANA MENTERI

21 Ogos 2022: “Top Five boleh bincang apa saja…kalau saya bawa ke Kabinet, Kabinet setuju untuk pilihan raya, bila tarikh sekian untuk saya bubarkan, saya bawa kepada (Yang di-Pertuan) Agong, (Yang di-Pertuan) Agong tak setuju… tak jadi.”

11 September 2022: “.. kemudian ia (keputusan Top Five) perlu dibawa ke Kabinet sebab di bawah Perlembagaan, kena ada kelulusan Kabinet sebelum saya menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk (mendapat perkenan) membubarkan Parlimen. Itu prosedur yang perlu dipatuhi.”

2.    KENYATAAN ISMAIL SABRI SEBAGAI NAIB PRESIDEN UMNO

13 September 2022: “Seperti yang saya katakan sebelum ini, semua keputusan akan dibuat oleh ‘top five’ UMNO dan jadi kita tunggu sehingga mesyuarat bersama top five diadakan.”

17 September 2022: “Hari ini di sini kelima-lima Top Five UMNO ada, maka kita akan bincang dalam tempoh terdekat (tarikh) pembubaran Parlimen ini.”

3.    PERBANDINGAN KENYATAAN ISMAIL SABRI SEBAGAI NAIB PRESIDEN UMNO VS KENYATAAN ISMAIL SABRI SEBAGAI PERDANA MENTERI

Perhatikan, sebagai naib presiden UMNO, Ismail Sabri bersetuju untuk mengiktiraf hak Top Five UMNO memutuskan tarikh pembubaran parlimen.

Loading...

Namun, sebagai Perdana Menteri, beliau hanya mengiktiraf kuasa budi bicara berperlembagaan perdana menteri untuk menentukan samada pembubaran awal parlimen perlu diusulkan kepada Yang Di-Pertuan Agong atau tidak.

Ini kerana, dari sudut perlembagaan persekutuan, sebarang keputusan yang dicapai oleh UMNO berhubung pembubaran parlimen tidak membawa sebarang makna, dan UMNO tidak berhak mengarahkan Perdana Menteri untuk berbuat apa-apa.

Sebaliknya, keputusan akhir berhubung tarikh pembubaran parlimen terletak sepenuhnya di tangan Yang Di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada budi bicara Seri Paduka Baginda Tuanku, melainkan parlimen terbubar secara otomatik setelah tamat penggal penuh.

Kenyataan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri mencadangkan bahawa beliau hanya mengiktiraf ‘ketetapan’ UMNO sebagai satu cadangan semata-mata, dan bersetuju (atas budi bicaranya) untuk membangkitkan cadangan ini pada mesyuarat Kabinet.

Kesimpulannya, Ismail Sabri berjaya memenuhi tuntutan UMNO dan perlembagaan persekutuan secara berasingan, tanpa melangkaui batasan mana-mana peranan yang dimainkannya.

Dengan memenuhi tuntutan UMNO, Ismail Sabri tidak melanggar sebarang peruntukan perlembagaan persekutuan, dan dengan memenuhi tuntutan perlembagaan persekutuan, Ismail Sabri tidak melanggar sebarang peruntukan perlembagaan UMNO.

Berbekalkan pemahaman ini, ada boleh buat kesimpulan masing-masing, namun saya galakkan anda merujuk kepada kenyataan yang saya terbitkan pada 28 Ogos 2022:

Sebagai ahli UMNO, Ismail Sabri tertakluk kepada semua keputusan yang ditetapkan parti menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Namun, sebagai Perdana Menteri, beliau tidak tertakluk kepada sebarang keputusan parti berhubung soal tadbir urus negara atau pengusulan pembubaran parlimen dan hanya bertanggungjawab kepada rakyat, kerajaan dan Yang Di-Pertuan Agong.

TONTON JUGA: AKAR UMBI UMNO MAKIN LEMAH SEMANGAT SEBAB ZAHID

Kedua-dua peranan ini tidak saling bertindih, malah, peranan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri berkait dengan keahliannya di Dewan Rakyat dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sekaligus menjadikannya peranan lebih utama berbanding peranannya sebagai ahli UMNO.

Perlu diingatkan, perlembagaan persekutuan buta parti dalam apa jua hal membabitkan tadbir urus negara, termasuk perkara-perkara yang berkait dengan pelantikan perdana menteri, penubuhan kabinet persekutuan dan apa yang harus atau tidak harus dilakukan oleh perdana menteri.

Justeru, UMNO tidak memiliki sebarang jurisdiksi atau kuasa berperlembagaan untuk mengarahkan Perdana Menteri melakukan sesuatu, termasuk mengusulkan pembubaran parlimen kepada Yang Di-Pertuan Agong.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...