Bukan 1MDB sahaja, banyak tuduhan terhadap PAS tidak berasas

“Sebenarnya, bukan isu 1MDB sahaja, terlalu banyak lagi tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dikemukakan. Kalau mereka tak minta maaf pun, kita harap mereka insaf, dengan sifat mereka sebelum ini yang terlalu terburu-buru tanpa fakta jelas dan terus membuat pilihan” – Khairil Nizam Khirudin. Sumber (gambar): Harakah Daily

Berikutan desakan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Khairil Nizam Khirudin terhadap mana-mana individu atau pihak yang sebelum ini menuduh PAS menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad meluahkan bahawa beliau berharap agar penuduh atau individu tersebut insaf dengan kelakuan tersebut.

“Sebenarnya, bukan isu 1MDB sahaja, terlalu banyak lagi tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dikemukakan. Kalau mereka tak minta maaf pun, kita harap mereka insaf, dengan sifat mereka sebelum ini yang terlalu terburu-buru tanpa fakta jelas dan terus membuat pilihan,” ujarnya dalam sidang media di Majlis Sambutan Jamuan Raya, Perpaduan Ummah Peringkat Parlimen Bangi di Bandar Baru Bangi, kelmarin.


BANGI: Berikutan desakan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Khairil Nizam Khirudin terhadap mana-mana individu atau pihak yang sebelum ini menuduh PAS menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad meluahkan bahawa beliau berharap agar penuduh atau individu tersebut insaf dengan kelakuan tersebut.

Menurut Kamaruzaman, sekiranya individu-individu tersebut enggan membuat permohonan maaf, ia cukup sekadar mereka menginsafi tindakan terburu-buru yang tidak berasas itu.




“Sebenarnya, bukan isu 1MDB sahaja, terlalu banyak lagi tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dikemukakan. Kalau mereka tak minta maaf pun, kita harap mereka insaf, dengan sifat mereka sebelum ini yang terlalu terburu-buru tanpa fakta jelas dan terus membuat pilihan,” ujarnya dalam sidang media di Majlis Sambutan Jamuan Raya, Perpaduan Ummah Peringkat Parlimen Bangi di Bandar Baru Bangi, kelmarin.

Tambah beliau, sikap tersebut yang boleh dikategorikan sebagai fitnah merupakan sesuatu yang tidak bagus untuk Malaysia kerana individu-individu tersebut yang merupakan ahli politik hari ini merupakan individu yang membentuk suasana politik negara.

“Jadi sifat mereka ini, paling tidaknya akan ditiru oleh rakyat, jadi kami ingin memberi nasihat kepada PH supaya selepas ini kena berhati hati dalam mengeluarkan sebarang tuduhan. Apatah lagi dalam tuduhan melibatkan integriti sesebuah parti PAS,” ujarnya.

Terdahulu, Khairil Nizam mendesak mana-mana individu yang menuduh PAS menerima dana daripada 1MDB selepas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendedahkan 41 senarai nama penerima wang 1MDB dan tiada mana-mana individu dikaitkan dengan PAS di dalam senarai itu.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...