Bukankah Mat Sabu dulu mengangkat komunis sambil memperlekeh perjuangan Tunku?

“Apakah Mohamad tidak berani mengecam tindakkan pihak yang membawa masuk abu Chin Peng ke tanah air kerana bersetuju dengan tindakan tersebut ataupun kerana takut menguris perasaan Kit Siang?”

Raggie Jessy Rithaudeen

Semalam, ketika ditemui pemberita di ruang lobi parlimen, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menegaskan beliau menunggu kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan kepulangan abu Chin Peng ke Malaysia.




Menurutnya, hanya selepas KDN mengeluarkan kenyataan dan hasil siasatan akan beliau bersedia menyatakan komennya dalam isu tersebut.

“KDN siasat, minta KDN siasat. Saya tak buat apa apa kenyataan sehingga KDN mengeluarkan hasil siasatan,” katanya.

Menurut media, meskipun terus diasak dengan soalan-soalan berkaitan isu tersebut, beliau tetap konsisten dengan jawapannya.

“Sehingga KDN mengeluarkan hasil siasatan, saya akan komen.

“(Adakah ia akan mengguris hati perajurit negara?) Sehingga KDN mengeluarkan hasil siasatan,” katanya.

Persoalannya, mengapakah begitu sukar untuk Mohamad menyatakan pendiriannya walhal beliau dulu begitu lantang mempertahankan seorang pengkhianat komunis hingga diangkatnya pengkhianat tersebut sebagai hero kemerdekaan?

Pada 11hb Ogos 2011, dalam satu ceramah yang berlangsung di Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Mohamad mengisytiharkan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan.

Loading...

Bersambung selepas video

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramah yang sama, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis.

“Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Bukan hanya Mohamad cuba menulis semula sejarah menurut tafsirannya, beliau dilihat mendokong falsafah perjuangan komunis yang sah anti-Islam, pro-republik dan anti-diraja.

Kebetulannya, falsafah ini sejajar dengan falsafah politik DAP yang turut cenderung ke arah sistem kerajaan republik dan bersinar-sinar dengan aura anti-Islam dan anti-Melayunya.

Malah, pada tahun 2013, Lim Kit Siang sendiri menyeru Putrajaya untuk membenarkan abu mendiang Chin Peng dibawa pulang untuk diletakkan di tempat kelahiran mendiang di Setiawan, Perak.

Persoalannya, adakah Mohamad tidak berani mengecam tindakkan pihak yang membawa masuk abu Chin Peng ke tanah air kerana bersetuju dengan tindakan tersebut ataupun kerana takut menguris perasaan Kit Siang?



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...