Bukankah Muafakat Nasional dah terima PPBM, apa yang Tuan Ibrahim duk bebel?

Raggie Jessy Rithaudeen

بوكنكه موافقة ناسيونل ده تريما ڤڤبم، اڤ يڠ توان إبراهيم دوق ببل؟

Pada 21hb Ogos 2020, Muafakat Nasional (MN) mengumumkan menerima surat persetujuan daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai gabungan itu.

Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung Bersama MN merangkap Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, yang berkata ia susulan surat jemputan yang dihantar kepada PPBM untuk menyertai gabungan itu pada 13 Ogos lalu.




Lima hari kemudian, Annuar mengumumkan bahawa Muafakat Nasional bersetuju menerima penyertaan PPBM atas alasan memantapkan penyatuan orang Melayu selaras dengan piagam MN yang termaktub sebelum ini.

“Ia adalah satu kewajipan dan keutamaan yang menjadi asas kepada perjuangan UMNO itu sendiri,” katanya.

Jadi apakah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man apabila beliau berkata Muafakat Nasional (MN) bersetuju untuk menjemput PPBM berbincang isu pengagihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)?

Menurutnya, Jawatankuasa Perundingan Kerusi Muafakat Nasional sudah mengadakan mesyuarat beberapa kali sebelum ini tanpa penyertaan PPBM.

Tapi bukankah PPBM ahli Muafakat Nasional?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...