
Raggie Jessy Rithaudeen

Baru-baru ini, Rafizi Ramli didakwa berkata bahawa tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh ‘meliar’ adalah antara punca pengundi Cina hilang kepercayaan kepada kerajaan.
Persoalannya, siapa yang benar-benar sedang ‘meliar’ sekarang–Rafizi atau Dr Akmal?
Dr Akmal, suka tak suka, sedang berjuang bertepatan dengan halatuju Umno untuk mempertahankan Agama, Raja, Bangsa dan Negara.
Maka, bila timbul isu berkaitan empat paksi utama perjuangan ini, dia berhak bersuara.
Contohnya isu UEC.
Sepertimana DAP ada hak mendesak Anwar untuk mengiktiraf peperiksaan itu, Dr Akmal juga ada hak untuk mendesak Anwar jangan tunduk dengan desakan DAP.
Jadi, dalam soal ini, Dr Akmal bukannya meliar, tetapi sebaliknya, menyuarakan prinsip beliau sejajar dengan dasar perjuangan parti yang diwakilinya.
Jika anda boleh katakan Dr Akmal meliar, bukankah saya juga boleh katakan bahawa DAP meliar, walaupun saya tahu kedua-duanya berhak suarakan pendapat masing-masing?
Yang saya lihat, perangai ‘meliar’ dan sikap ‘tahu segala apa’ Rafizi-lah yang sedang merisikokan perosotan sokongan terhadap kerajaan.
Ramai berpendapat beliau tidak berpuas hati dengan Anwar sebab kalah pemilihan PKR dan berubah nada disebabkan itu.
Adakah kata-kata ini benar? Saya tidak tahu, tetapi itulah persepsinya di luar sana, dan di dalam dunia politik, persepsi adalah segala-galanya.
