Bukit Aman akan panggil Ramesh Rao beri keterangan dakwaan liwat

Mior Faridalathrash tidak memaklumkan bila pemimpin badan bukan kerajaan itu akan dipanggil ke Bukit Aman. Sumber (gambar): Fail TTF

بوكيت امان اكن ڤڠڬيل رامسه رااو بري كتراڠن دعوأن لواط

Polis akan mengambil keterangan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao berhubung satu akuan bersumpah (SD) mendakwa seorang pemimpin politik pembangkang terbabit dalam liwat.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP  Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini satu SD mendakwa seorang lelaki mengadakan hubungan luar tabii dengan seorang ahli politik sebanyak empat kali di hotel berbeza di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang pada 2013 tular menerusi media sosial. 

Bagaimanapun, individu yang membuat SD itu membuat laporan polis minggu ini mendakwa Ramesh mempengaruhinya agar membuat tuduhan tersebut.


KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao berhubung satu akuan bersumpah (SD) mendakwa seorang pemimpin politik pembangkang terbabit dalam liwat.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP  Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.




“Ya, beliau (Ramesh) akan dipanggil … beliau antara saksi yang akan dipanggil (untuk diambil keterangan),” katanya.

Mior Faridalathrash bagaimanapun tidak memaklumkan bila pemimpin badan bukan kerajaan itu akan dipanggil ke Bukit Aman.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan luar tabii.

Sebelum ini satu SD mendakwa seorang lelaki mengadakan hubungan luar tabii dengan seorang ahli politik sebanyak empat kali di hotel berbeza di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang pada 2013 tular menerusi media sosial.

Bagaimanapun, individu yang membuat SD itu membuat laporan polis minggu ini mendakwa Ramesh mempengaruhinya agar membuat tuduhan tersebut.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...