بوكيت امان بوك كرتس سياستن، اڤندي علي ددعوا ساله ڬونا كواس كتيك سياست 1مدب
Polis membuat siasatan terhadap bekas peguam negara, Apandi Ali, berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan 1MDB.
Timbalan Ketua Polis Selangor Sasikala Devi Subramaniam, ketika dihubungi memberitahu FMT, berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman sedang menyiasat perkara itu.
“Kedua-dua laporan yang dibuat di Selangor akan dirujuk kepada polis Kuala Lumpur sebelum diambil alih oleh D5 Bukit Aman,” katanya.
Baru-baru ini, Apandi terlibat dalam kontroversi berhubung dakwaan penglibatannya sebagai “orang tengah” dalam perbincangan antara kerajaan dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, dikenali sebagai Jho Low.
KUALA LUMPUR: Polis membuat siasatan terhadap bekas peguam negara, Apandi Ali, berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan 1MDB.
Siasatan itu susulan laporan polis dibuat Ahli Parlimen Klang Charles Santiago terhadap Apandi di Klang, semalam, berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan laporan dibuat Pejuang, di sebuah balai polis di Shah Alam, pada 25 Jul.
FMT juga difahamkan satu lagi laporan dibuat terhadap Apandi, di Balai Polis Brickfields, semalam.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Timbalan Ketua Polis Selangor Sasikala Devi Subramaniam, ketika dihubungi memberitahu FMT, berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman sedang menyiasat perkara itu.
“Kedua-dua laporan yang dibuat di Selangor akan dirujuk kepada polis Kuala Lumpur sebelum diambil alih oleh D5 Bukit Aman,” katanya.
Semalam, Santiago berkata, terbukti Apandi telah menyalah gunakan kuasanya semasa menjadi peguam negara di bawah kerajaan bekas pimpinan Najib Razak seperti dinyatakan dalam penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Azimah Omar apabila menolak saman fitnah difailkan Apandi terhadap veteran DAP, Lim Kit Siang.
Santiago berkata, Azimah menjelaskan, Apandi tidak bertemu atau bercakap dengan penderma keluarga Diraja Saudi yang didakwa ada kaitan dengan bekas perdana menteri itu walaupun berkata sebaliknya, pada sidang media pada 26 Jan 2016.
Beliau juga memetik penghakiman Azimah bahawa Apandi “sangat jelas bersikap acuh tak acuh, mengelak, menipu dalam mengejar kebenaran di sebalik derma luar biasa itu”.

Sumber: