Raggie Jessy Rithaudeen
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saudara saudari sekalian,
Terkejut pula saya membaca satu laporan berita terbitan Astro Awani semalam yang menyifatkan ketua umum DAP, Lim Kit Siang, sebagai seorang pemimpin parti yang paling layak menjadi menteri.
Memetik kenyataan anak beliau, Lim Guan Eng, media tersebut melaporkan bahawa Kit Siang “paling berjasa dan banyak berkorban sepanjang berkhidmat lebih 50 tahun dalam parti.”
Tertanya-tanya pula saya apakah jasa Kit Siang yang dimaksudkan media tersebut sehinggakan namanya dilambung begitu tinggi, sedangkan, satahu saya, jasa beliau selama hampir 60 tahun beliau berkecimpung dalam bidang politik hanya terhad kepada usaha memecah-belahkan kaum Melayu-Islam dan menyemai perasaan Islamofobia di kalangan Bangsa DAP.
Tidak lebih dari itu.
Saudara saudari sekalian,
Bukan hanya manusia yang bernama Lim Kit Siang ini manusia yang paling hina dan paling tidak beradab, semenjak sebelum tercetusnya tragedi 13hb Mei 1969, beliau tidak pernah leka mengaibkan kaum Melayu-Islam serta memperlekeh agama Islam.
Apa tidaknya, sedangkan apabila kita imbas kembali “perdebatan budaya” di antara beliau dan Profesor Syed Naquib Al-Attas, beliau jelas dilihat menentang penggunan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan.
Berlangsung pada 24hb November 1968 di Auditorium Mara Kuala Lumpur, perdebatan tersebut memperlihatkan kedua-dua mereka bertikam lidah selama enam jam memperinci konsep Malaysian Malaysia, iaitu satu konsep cauvinis bawaan parti PAP Singapura yang diterapkan ke dalam misi rasmi DAP.
Sepanjang perbahasan tersebut, Profesor Al-Attas berulang-kali menyentuh penentangan terbuka Kit Siang terhadap penerapan kesusasteraan Indonesia di dalam kesusasteraan Melayu tempatan.
Terkejut pula Profesor Al-Attas apabila Kit Siang melabelkan kerajaan persekutuan sebagai “rasis dan cauvinis” kerana mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan.
Dalam nada marah, Profesor tersebut, yang juga merupakan pemimpin parti Gerakan pada ketika itu, mengingatkan Kit Siang bahawa pengiktirafan tersebut dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin Melayu-Islam, Cina dan India bersama-sama Majlis Raja-Raja pada tahun 1956.
Beliau berhujah, bahawa berbeza dengan kaum Cina-Islam yang boleh bergelar Melayu sekiranya mampu bertutur Bahasa Melayu, orang Melayu-Islam sama sekali tidak mungkin boleh diklasifikasikan sebagai Cina walaupun mampu bertutur bahasa Cina.
Ini, menurut beliau, merupakan pucuk-pangkal mengapa kaum Melayu-Islam tidak boleh disifatkan sebagai rasis semata-mata kerana ingin menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi kebangsaan.
Tetapi biar apapun yang disampaikan pemimpin Gerakan tersebut, Kit Siang tetap tidak berganjak daripada pendiriannya.
Malah, selama beberapa minggu selepas perdebatan tersebut, beliau terus mengutarakan pandangannya di media massa dan ceramah-ceramah tempatan tanpa segan-silu, walaupun tahu, bahawa pandangan beliau berpotensi menggugat keselamatan bangsa dan negara.
Sikapnya yang rasis dan tidak ingin bertolak-ansur sekaligus menimbulkan keresahan raja-raja Melayu dan memangkinkan kemarahan kaum Melayu-Islam terhadap bangsa DAP.
Tidak lama kemudian, semasa kejadian rusuhan pada 13hb Mei 1969, terdapat ura-ura bahawa orang Melayu-Islam tertanya-tanya di manakah Kit Siang kerana dahagakan darah beliau.
Apabila disoal siasat, beliau mengaku tidak bertangungjawab terhadap tercetusnya rusuhan tersebut sambil memberi alasan bahawa beliau tidak pernah berada di dalam negara sepeanjang masa kejadian tersebut berlaku.
Apakah ini sifat yang wajar ada pada manusia yang bergelar “pemimpin DAP yang paling layak menjadi menteri?”
Saudara saudari sekalian,
Pada 24hb November 1984, Kit Siang memberitahu satu forum di Universiti Malaya bahawa kerajaan yang dikuasai golongan Melayu-Islam cuba mengislamkan segala aspek kehidupan umum sejajar dengan ‘aspirasi’ menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
Dua tahun kemudian, di Universiti Sains Malaysia, beliau menuduh kerajaan persekutuan merampas budak-budak bawah umur bukan Islam dari ibubapa mereka secara paksa untuk ditukarkan agama mereka kepada agama Islam.
Kenyataan-kenyataan tersebut sekaligus menakutkan ibubapa berbangsa Cina di seluruh negara dan menyebabkan mereka yang berpendapatan tinggi menghantar anak-anak mereka menuntut di universiti-universiti Singapura yang disyaki pro-evangelis.
Pada tahun 2010 pula, anak beliau, Lim Guan Eng, yang pada ketika itu merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, bersetuju menguatkuasakan satu enakmen yang mengharamkan penggunaan Kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam.
Anehnya, pada 14hb Disember 2014, Guan Eng sendiri secara terbuka mempertahankan hak orang-orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan perkataan ‘Allah’ biar di media cetak mahupun di gereja-gereja.
Persoalannya, bukankah apa yang dilakukan oleh Guan Eng membuktikan bahawa Bangsa DAP sengaja memperlekeh agama Islam dan menggores perasaan kaum Melayu-Islam demi memecahbelahkan umat Allah?
Saudara saudari sekalian,
Gandingan bapa dan anak ini tidak pernah jemu mengaibkan umat Islam demi mencapai matlamat mereka.
Pada pertengahan tahun 2014, tatkala ingin meletakkan orang pilihannya di tampuk kepimpinan negeri, Kit Siang lantang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah semata-mata kerana baginda enggan menerima pencalonan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Saudara saudari perlu faham, bahawa keputusan Sultan Sharafuddin untuk tidak menerima pencalonan Wan Azizah adalah bersandarkan kepada tanggungjawab baginda sebagai ketua agama Islam bagi negeri Selangor Darul Ehsan.
Justeru itu, bagi memastikan kepimpinan negeri tersebut sentiasa mantap dan berlandaskan prinsip-prinsip Islam, baginda tidak ingin seorang yang dilihat sebagai tidak berkemampuan dan berada di bawah pengaruh suami dilantik menjadi Menteri Besar.
Kit Siang faham akan perkara ini tetapi tetap dengan pendiriannya, biarpun ia merupakan satu penghinaan terhadap kaum Melayu-Islam yang menjunjung sepenuh kasih dan titah raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam.
Apakah ini manusia yang bergelar “paling layak dijadikan menteri?”
Saudara saudari sekalian,
Sepertimana yang pernah saya katakan dulu, sudah sampai masanya kaum Melayu-Islam mengambil satu langkah ke belakang dan mengimbas kembali kesilapan-kesilapan lampau, sambil berkata, “cukuplah, cukuplah kami diperlagakan sebegini sehingga tersungkurnya bangsa kami di tanahair sendiri.”
Ya, katakanlah, bahawa sudah cukup kami dipaksa melutut di hadapan bangsa DAP yang hina ini, bangsa yang pernah menggelar mereka di kalangan kami sebagai “Melayu Pukimak,” “Melayu Bodoh” dan “Metallic Black.”
Lafazkanlah, wahai hamba Allah, bahawa sudah cukup kami bersabar, kerana setiap jenis kesabaran itu ada hadnya di sisi Allah, di mana kami hamba Allah diwajibkan berjuang demi menegakkan syiar Islam sambil membimbing ummah kearah penyatuan dan kebenaran.
Ketahuilah, bahawa bukan hanya Bangsa DAP bangsa yang paling hina di tanahair yang tercinta ini, bangsa ini juga diterajui gandingan bapa dan anak yang hanya ingin mempertaruhkan maruah bangsa dan agama demi mencapai impian mereka memecah-belahkan kaum Melayu-Islam.
Sekian.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
