Bukti hitam putih Agong memiliki kuasa lantik dan pecat PM, termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan 

SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

Raggie Jessy Rithaudeen

JADUAL (tafsiran) 11, SEKSYEN 29 Perlembagaan Persekutuan berbunyi:

“Kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk membuang kerja”




Dibaca bersama beberapa perkara lain dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk perkara 43 (2), ianya juga membawa maksud:

“Sepertimana Yang Di-Pertuan Agong ada kuasa budi bicara mutlak untuk menentukan siapa harus jadi Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda memiliki kuasa budi bicara mutlak yang sama untuk memecat Perdana Menteri yang dilantiknya.”

RJ Rithaudeen

Saya harap penjelasan ini (termasuk live yang saya buat, link di bawah) mematikan segala pertikaian kepada penjelasan saya sebelum ini berhubung kuasa budi bicara mutlak Yang Di-Pertuan Agong untuk memecat Perdana Menteri atau sesiapa sahaja yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda ke mana-mana jawatan.

Hakikatnya, pemahaman Perlembagaan Persekutuan tidak selalunya semudah mencari jawapan tersurat dalam satu-satu Perkara bagi satu-satu persoalan berhubung sistem pentadbiran negara.

Sebaliknya, pemahaman yang lengkap memerlukan perincian rapi segala interpretasi yang terkandung dalam tiga belas jadual, sumpah-sumpah jawatan, dokumentasi draf asal hinggalah ke versi yang dimuktamadkan, dan keputusan-keputusan mahkamah yang berkenaan, antara lain.

Loading...

Apabila anda memahami Perlembagaan Persekutuan, anda akan dapati bahawa sistem pentadbiran di negara ini jauh berbeza dari sistem Westminster yang diamalkan di United Kingdom, yang memberi parlimen kedaulatan mutlak dan meletakkannya lebih tinggi dari semua institusi lain dalam kerajaan, termasuk badan eksekutif dan kehakiman.

Di Malaysia…

SAKSIKAN PENJELASAN SELANJUTNYA, KLIK DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...