Bukti hitam putih Najib memfitnah Mahathir isu RCI Forex, laporan polis bakal menyusul

Penarikan balik laporan yang disentuh oleh Najib di akaun Facebook miliknya bukannya dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan atau Mahathir. Sumber (gambar): TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

بوقتي هيتم ڤوتيه نجيب ممفتنه محضير ايسو رچي فوريايك س، لاڤورن ڤوليس باكل مڽوسول

Berikut merupakan penulisan terkini Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimuat naik ke Facebook rasmi beliau semalam, bertarikh 27hb Oktober 2021:

“….semasa Tun menjawat sebagai PM7, kerajaan PH telah menarik balik laporan polis yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kehilangan dana FOREX BNM sebanyak RM33 bilion (bernilai lebih RM100 bilion sekarang) dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai NFA atau Tiada tindakan lanjut. Dengan itu, seorang pun tidak pernah bertanggung jawab atau didakwa walaupun dana negara yang begitu besar telah lesap tanpa satu sen pernah dikembalikan biarpun RCI telah selesai dilaksanakan.”

Di sini, saya ingin mengetengahkan beberapa fakta sebagai bukti bahawa Najib telah memfitnah kedua-dua Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan menerusi penulisannya di Facebook.




Faktanya seperti berikut:

1. Pada 18hb Julai 2017, Pejabat Perdana Menteri (PMO) di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan enam ahli panel RCI yang ditubuhan bagi menyiasat kes kerugian Bank Negara akibat urus niaga mata wang asing pada 1990-an:

Enam ahli yang dimaksudkan ialah:

i. Tan Sri Mohd Sidek Hassan – Pengerusi Petronas

ii. Datuk Kamaludin Md Said – hakim mahkamah tinggi

iii. Datuk Seri Tajuddin Atan – Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad

iv. Tan Sri Saw Choo Boon – Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

Loading...

v. Pushpanathan S A Kanagarayar – anggota Institut Akauntan Malaysia, Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta bekas rakan kongsi firma Ernst & Young

vi. Datuk Dr Yusof Ismail – Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan

2. Pada 30hb November 2017, Dr Yusof Ismail – yang merupakan lantikan terus Pejabat Perdana Menteri di bawah seliaan Najib – membuat  laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Laporan ini dibuat bagi memmita siasatan rasmi dilakukan ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah atau penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin telah dilakukan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Pengarah BNM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dalam pelaksanaan aktiviti spekulatif pertukaran mata wang asing dan pelaporan kerugian yang dialami BNM sekitar tahun 1990-an.

3. 19 hari kemudian, Mahathir memfailkan saman permulaan terhadap Najib dan kabinetnya serta enam anggota RCI terbabit – termasuk Yusof Ismail – dengan menuntut laporan akhir siasatan itu sebagai tidak sah dan terbatal.

Menurut Mohamed Haniff Khatri Abdulla, saman itu difailkan kerana kecuaian dan kegagalan panel memasukkan perkara-perkara asas ke dalam laporan RCI.

“Ini adalah keseluruhan nota prosiding berkaitan keterangan lisan saksi-saksi yang dipanggil memberi keterangan dan dirakam di dalam prosiding RCI, samada melalui transkripsi ataupun secara rakaman video,” katanya.

Katanya, pihak RCI juga gagal untuk memasukkan keseluruhan hujah dari pelbagai pihak samada melalui hujah bertulis mahupun lisan.

4. Kemudian, setelah Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan negara, Menteri Perundangan, Liew Vui Keong, mendedahkan bahawa Yusof Ismail sebenarnya telah menarik balik laporannya kepada pihak polis.

5. Ini bermakna, penarikan balik laporan yang disentuh oleh Najib di akaun Facebook miliknya bukannya dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan atau Mahathir.

6. Sebaliknya, penarikan balik laporan ini dibuat oleh seorang yang dilantik oleh pejabat Najib sendiri sebagai ahli panel RCI pada ketika Najib masih bergelar Perdana Menteri.

7. Orang ini kemudian diangkat sebagai  Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebaik sahaja Barisan Nasional dan Perikatan Nasional kembali berkuasa menerusi pintu belakang.

Maka terbuktilah bahawa Najib telah memfitnah Mahathir dan Pakatan Harapan, dan beliau harus membuat permohonan maaf secara terbuka atas fitnah ini sebelum laporan polis dibuat, melainkan beliau ada bukti lain yang boleh digunakan untuk menyangkal dakwaan saya.

WAJIB BACA:

PRN MELAKA: BOLEH PERCAYA PARTI POLITIK?

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...