Bukti ‘pendapat Mahathir’ pada surat taikun diputar belit dan tiada kaitan dengan Tommy Thomas

“Sepertimana yang didedahkan oleh Takiyuddin sendiri, komen Mahathir pada surat peguam Tan Sri Lim Soon Peng merupakan “pendapat” peribadi beliau dan bukannya “arahan” sepertimana yang diwar-warkan”

Raggie Jessy Rithaudeen

بوقتي ءڤنداڤت محضيرء ڤد سورت تايكون دڤوتر بليت دان تياد كاءيتن دڠن تومماي تومس

Saudara saudari sudah tentu tahu berkenaan kandungan surat yang dibaca oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat !0hb Ogos lalu.

Sepntas lalu, Takiyuddin mendedahkan kandungan sepucuk surat yang didakwa menunjukkan campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan dan bekas peguam negara berhubung pembatalan pembekuan aset taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng.




Takiyuddin mendedahkan beberapa salinan surat membabitkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan, Guan Eng dan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2018 dan tahun lalu.

Takiyuddin berkata:

“Saya nak sebut satu kes, Tan Sri Lim Soon Peng, dia terbabit dalam penggubahan wang haram daripada 1MDB sebanyak RM4 juta tetapi apabila dia dihadapkan oleh SPRM, beliau meminta peguamnya membuat surat representasi kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 20 Oktober 2018 semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

“Apa yang berlaku, surat daripada peguam ini diminitkan oleh Perdana Menteri ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad) pada masa itu. Minit itu berbunyi, ‘saya berpendapat, penyelewengan oleh mantan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tidak boleh disalahkan (kepada) Tan Sri Lim (Soon Peng).

“Oleh itu pembekuan akuan peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan’. Ditandatangani, 5 Disember 2018, siap dengan cop perdana menteri.”

Tetapi tahukah anda, bahawa pendedahan ini tidak dilakukan dengan cara yang betul dan mungkin disengajakan bagi menimbulkan persepsi palsu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15?

Untuk menjelaskan perkara ini, saya ingin mengutarakan beberapa hujah sebagai asas kepada dakwaan saya bahawa perkara ini mungkin “diputar belit bagi tujuan ‘mileage politik’ disebabkan Pilihan Raya Umum ke-15 sudah hampir tiba.”

Loading...

Hujah-hujah saya seperti berikut:

1. Tindakan seorang Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Menteri atau pihak-pihak lain yang berkait meminitkan surat kepada mana-mana agensi atau organisasi bagi mengutarakan pendapat peribadi mereka bukanlah satu jenayah atau kesalahan di sisi undang-undang.

2. Tindakan sebegini kerap dilakukan oleh ramai pemimpin selama berdekad lamanya dari zaman pentadbiran Barisan Nasional hinggalah ke zaman pentadbiran Pakatan Harapan dan melibatkan ramai Menteri dan Timbalan Menteri.

3. Saya sendiri pernah berjumpa dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang saya kenali di sekitar tahun 2012-2013 untuk meminta sokongan beliau bagi satu projek penyelidikan yang ingin saya jalankan berhubung “pengekstrakkan polimer (plastik) dari minyak kelapa sawit.”

4. Untuk makluman, Hamzah meminitkan surat saya yang seterusnya diserahkan kepada Pengarah Malaysian Palm Oil Board (MPOB) yang tertakluk secara langsung kepada kementerian di mana Hamzah bertugas sebagai Timbalan Menteri.

5. MPOB akhirnya menolak cadangan saya atas sebab-sebab tertentu yang saya difahamkan melibatkan kewangan walaupun tertarik dengan cadangan saya dan bersetuju ianya boleh dijayakan.

6. Jelas di sini bahawa pihak lembaga MPOB sebenarnya membuat keputusan sendiri walaupun surat saya diminitkan oleh Hamzah.

7. Dengan meminitkan surat tersebut, Hamzah tidak melakukan apa-apa jenayah atau salah laku kerana MPOB berhak membuat keputusannya sendiri biarpun tertakluk secara langsung kepada kementerian Hamzah.

8. Inikan pula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bebas mengambil apa-apa bentuk tindakan tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).

7. Sepertimana yang didedahkan oleh Takiyuddin sendiri, komen Mahathir pada surat peguam Tan Sri Lim Soon Peng merupakan “pendapat” peribadi beliau dan bukannya “arahan” sepertimana yang diwar-warkan.

8. Surat terbabit sebenarnya ditujukan kepada SPRM yang bertindak membekukan akaun taikun tersebut kerana disyaki menerima dana haram berkait 1MDB.

9. Oleh kerana SPRM bebas membuat keputusannya sendiri, pesuruhjayanya tidak perlu bersetuju dengan pendapat Mahathir ataupun merujuk kepadanya sebelum mengambil apa-apa tindakan.

10. Buktinya ialah tindakan SPRM menyiasat Datuk Seri Najib Tun Razak dan seterusnya mengeluarkan kertas pertuduhan terhadapnya atas dakwaan salah laku jenayah melibatkan 1MDB pada ketika Najib masih lagi bergelar Perdana Menteri.

11. Tindakan  itu dibuat tanpa merujuk kepada mana-mana menteri atau Najib sendiri dan dibuat atas arahan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada ketika itu, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

12. Dalam kes Tan Sri Lim Soon Peng, Lim Guan Eng didakwa meminitkan surat peguem taikun itu sebelum Tommy Thomas membalas surat kepada Guan Eng bagi memaklumkan status pembekuan akaun taikun berkenaan.

13. Jika diteliti, segala urusan selepas Mahathir meminitkan surat peguam Tan Sri Lim Soon Peng merupakan “urusan antara Lim Guan Eng dan Tommy Thomas” semata-mata.

14. Ini kerana tidak ada satu apa pun dokumen atau bukti yang didedahkan sehingga kini yang mencadangkan “Mahathir mengarahkan Lim Guan Eng untuk berurusan dengan Tommy Thomas.”

15. Untuk tujuan perbincangan, biarpun Mahathir mengarahkan Lim untuk berurusan dengan Thomas, adalah menjadi hak Thomas untuk tidak bersetuju dengan “pendapat peribadi” Mahathir kerana Thomas merupakan “penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan Persekutuan,” bukan sebaliknya.

15. Takiyuddin selaku Menteri undang-undang tahu akan perkara ini tetapi tidak mengambil sebarang langkah untuk menjelaskannya kepada umum ataupun di Dewan Rakyat.

16. Ini menjadikan saya sangsi terhadap tindak-tanduk beliau yang secara tidak langsung menimbulkan persepsi kononnya Mahathir telah cuba mempengaruhi kedua-dua SPRM dan Tommy Thomas.

Saya dengan ini mencabar pihak Takiyuddin dan (atau) pihak kerajaan untuk membuat laporan rasmi berhubung perkara ini dan menawarkan diri untuk menjadi saksi berdasarkan pengalaman peribadi saya dalam hal ini.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...