Bukti video ADUN PPBM JOHOR berkempen di Slim, mengaku PPBM ‘menyeleweng’ dari perjuangan asal

Video itu bermula dengan Osman berkata “…. mencapai kemenangan dan menewaskan calon Barisan Nasional.” Sumber (gambar): Fail TTF

بوقتي ۏيدياو ادون جوهر بركيمڤين د سليم، مڠاكو ڤڤبم ءمڽلويڠء دري ڤرجواڠن اصل

Satu video muncul semalam memaparkan bekas menteri besar Johor Datuk Osman Sapian berkata PPBM telah “menyeleweng” daripada perjuangan asalnya.

Video itu yang dimuat naik oleh Johorkini nampaknya berasal daripada rakaman ketika Adun Kempas berkenaan dilihat bersama parti Pejuang di Slim pada malam Isnin.

Justeru, keahlian Osman sebetulnya terlucut secara otomatik berdasarkan apa yang diakui sendiri oleh kepimpinan parti itu, termasuk setiausaha agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Sebelum itu, Muhyiddin sendiri mengumumkan pelucutan keahlian lima pemimpin PPBM termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa melanggar perlembagaan parti kerana memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) walaupun parti memutuskan sebaliknya.


PETALING JAYA: Satu video muncul semalam memaparkan bekas menteri besar Johor Datuk Osman Sapian berkata PPBM telah “menyeleweng” daripada perjuangan asalnya.

Menurut laporan, video itu dimuat naik oleh Johorkini dan nampaknya berasal daripada rakaman ketika Adun Kempas berkenaan dilihat bersama parti Pejuang di Slim pada malam Isnin.




Video itu bermula dengan Osman berkata “…. mencapai kemenangan dan menewaskan calon Barisan Nasional.”

“Walaupun saya masih menjadi wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Kempas, Johor, saya masih lagi Bersatu, Bersatu ini masih lagi dalam kerajaan Perikatan Nasional. Tapi saya tak kisah itu semua.

“Apa yang saya fikirkan perjuangan yang suci ikhlas.

“Kita mahu lihat suatu perubahan.Di mana Bersatu yang ada telah pun menyeleweng daropada perjuangan asal,” kata menjelaskan pada PRU14, parti itu berjuang untuk mengalahkan kerajaan BN yang rasuah.

Video itu berakhir selepas Osman merujuk pengerusi protem Pejuang Dr Mahathir Mohamad sebagai “ayahanda”.

Sebelum ini, TTF membongkarkan bahawa Osman dilihat bersama beberapa pemimpin Pejuang semasa kempen pilihan raya kecil Slim.

TTF menulis:

Loading...

Keahlian bekas menteri besar Johor Osman Sapian dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebetulnya terlucut secara otomatik berdasarkan apa yang diakui sendiri oleh kepimpinan parti itu, termasuk setiausaha agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ini kerana Osman Sapian dilihat bersama beberapa pemimpin Pejuang semasa kempen pilihan raya kecil Slim, sekaligus bermakna beliau berkempen untuk ahli sebuah parti yang sah tidak sehaluan dengan PPBM malah menentang terus kepimpinan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik kes Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, pada 19hb Julai 2020, keahlian beliau dalam PPBM didakwa terhenti secara serta merta menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan parti.

Perkara ini didedah oleh Hamzah, yang mendakwa Shahruddin melanggar perlembagaan parti kerana tidak bersama blok kerajaan pimpinan Muhyiddindi Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Muhyiddin sendiri mengumumkan pelucutan keahlian lima pemimpin PPBM termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa melanggar perlembagaan parti kerana memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) walaupun parti memutuskan sebaliknya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...