Buku Tommy Thomas cetus tujuh laporan polis, dua kartas siasatan, mungkin diharamkan

Tommy Thomas akan dipanggil polis untuk memberi kenyataan dalam masa terdekat. Sumber (gambar): Fail TTF

بوكو تومماي تومس چتوس توجوه لاڤورن ڤوليس، دوا كرتس سياستن، موڠكين دحرامكن

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tujuh laporan polis di seluruh negara berhubung kes bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkaitan penulisan buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang didakwa memfitnah banyak pihak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM akan mengambil kenyataan semua pihak yang terlibat dengannya dan PDRM juga telah membuka dua kertas siasatan berkaitan kes berkenaan dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Sementara itu, FMT melaporkan bahawa buku Tommy Thomas kini dalam pemerhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mungkin diharamkan.

Sumber KDN memberitahu FMT, buku itu diteliti oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN.


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tujuh laporan polis di seluruh negara berhubung kes bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkaitan penulisan buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang didakwa memfitnah banyak pihak.

Menurut Sinar, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM akan mengambil kenyataan semua pihak yang terlibat dengannya dan PDRM juga telah membuka dua kertas siasatan berkaitan kes berkenaan dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.




“Jadi pekara itu diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan untuk mengambil semua tindakan yang perlu,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungai Besi di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, Tommy juga akan dipanggil polis untuk memberi kenyataan dalam masa terdekat.

Pada Khamis, bekas peguam negara sebelum Thomas dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali antara yang membuat laporan polis berkaitan kandungan buku tulisan Tommy itu yang didakwa turut memfitnah dirinya.

Mohamed Apandi membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini dengan diiringi peguamnya, Datuk Baljit Singh Sidhu.

Sementara itu, FMT melaporkan bahawa buku Tommy Thomas kini dalam pemerhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mungkin diharamkan.

Sumber KDN memberitahu FMT, buku itu diteliti oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN.

“Mereka sedang siapkan laporan untuk diserahkan kepada menteri. Pihak menteri mempunyai kuasa untuk mengarahkan buku itu diharamkan,” katanya ringkas.

Loading...

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Mahathir: Pakatan Harapan jatuh sebab calon Anwar Ibrahim (Pendedahan Penuh)

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...