
بوڠ موكتر دسكولهكن اوليه محضير د ديوان رعيت
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu parlimen bahawa fenomena lompat parti banyak berlaku di Sabah.
Bung bertanya jika kerajaan negeri di Sabah turut merupakan kerajaan pintu belakang memandangkan ianya tidak menang dalam pilihan raya.
Dalam memberi respons kepada pertanyaan inilah Mahathir secara tidak langsung merujuk kepada parti Bung sendiri apabila berkata lompat parti sebenarnya banyak berlaku di negeri Sabah.
Bung kebetulannya berasal dari Sabah dan merupakan ketua UMNO negeri di mana turut berlaku fenomena lompat parti.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu parlimen bahawa fenomena lompat parti banyak berlaku di Sabah.
Beliau berkata demikian apabila Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin mencelah dengan soalan sedang Mahathir berucap di sidang Dewan Rakyat.
Mahathir pada ketika itu sedang memberi penjelasan tentang kejatuhan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan susulan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar dari gabungan berkenaan.
Menurut Mahathir, beliau sendiri kehilangan jawatan sebagai anggota kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.
“Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sudah pun buat keputusan keluar daripada kerajaan PH apabila mereka merayakan bersama Umno dan Pas di Hotel Sheraton.
“Pelantikan saya sebagai Perdana Menteri Interim adalah melalui budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk menentu negara tidak hilang kepimpinan sebelum kerajaan baru ditubuh,” katanya dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong.
Bung kemudian bertanya jika kerajaan negeri di Sabah turut merupakan kerajaan pintu belakang memandangkan ianya tidak menang dalam pilihan raya.
Dalam memberi respons kepada pertanyaan inilah Mahathir secara tidak langsung merujuk kepada parti Bung sendiri apabila berkata lompat parti sebenarnya banyak berlaku di negeri Sabah.
Bung kebetulannya berasal dari Sabah dan merupakan ketua UMNO negeri di mana kerapkali berlaku fenomena lompat parti.
“Saya berpendapat lompat melompat (parti) ini banyak terjadi di Sabah, entah pasai apa (pasal apa) saya tidak tahu.
“Tetapi memang ini berlaku dulu tetapi di peringkat pusat ini tidak pernah berlaku (lompat parti) sebelum ini, kita hormati keputusan di buat rakyat.
“Parti dan dasar yang majoriti rakyat tolak kini menubuhkan kerajaan,” katanya.
Dr Mahathir seterusnya berkata, negara hadapi banyak cabaran ketika ekonomi negara sudah menurun, perang dagang antara China dan Amerika mengancam, ekonomi dunia merosot, pandemik Covid-19 kemudiannya menghentikan perniagaan dan perusahaan, permintaan untuk minyak dan gas jatuh disebabkan pandemik, harga minyak dan gas menurun, pendapatan kerajaan dari hasil jualan minyak turut berkurangan.
“Semua ini mengancam ekonomi negara di waktu ini, ada pihak yang merancang untuk rebut kuasa dan mengkhianati kerajaan pilihan rakyat melalui kerajaan pintu belakang. Dengan ini politik negara menjadi kucar-kacir.
“Saya sedih kerana perancangan ini membabitkan parti saya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
“Parti ini ditubuh khusus untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrat pimpinan Datuk Seri Najib (Razak) dan perancangan ini kononnya bertujuan menyelamat Melayu daripada dihancurkan oleh DAP,” katanya.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

