Bung Moktar (Team A) mengaku terlibat percubaan tumbang kerajaan Sabah

Bung mengaku berhubung dengan Adun Kuala Penyu Limus Jury dan Adun Sugut James Ratib, yang keluar Upko pada 15hb Julai lalu. Sumber (gambar): Fail TTF

بوڠ موكتر مڠاكو ترليبت ڤرچوبأن تومبڠ كراجأن سابه

Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengaku ada berhubung dan bertemu dengan beberapa Adun serta ahli parlimen setiap hari bagi memujuk mereka meninggalkan parti.

“Setiap hari, kami bercakap melalui telefon, saya bincang dengan mereka, kita berjumpa di kedai kopi.

“Saya tak mahu kata berjaya atau tidak. Saya tak boleh beri bilangan (wakil rakyat yang dihubungi). Tetapi mereka positif, ada yang minta diberi masa untuk memikirkannya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal sukar ditumbangkan kerana menguasai 45 daripada 65 kerusi DUN negeri itu. DUN Sabah memiliki 60 wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya dan lima yang dilantik kerajaan negeri.


PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengaku ada berhubung dan bertemu dengan beberapa Adun serta ahli parlimen setiap hari bagi memujuk mereka meninggalkan parti.

Menurut laporan Malaysiakini, Bung berkata, ada perkembangan menggalakkan dalam meyakinkan Adun kerajaan untuk mengubah sokongan bagi membolehkan penukaran kerajaan




“Setiap hari, kami bercakap melalui telefon, saya bincang dengan mereka, kita berjumpa di kedai kopi.

“Saya tak mahu kata berjaya atau tidak. Saya tak boleh beri bilangan (wakil rakyat yang dihubungi). Tetapi mereka positif, ada yang minta diberi masa untuk memikirkannya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Bung mengaku berhubung dengan Adun Kuala Penyu Limus Jury dan Adun Sugut James Ratib, yang keluar Upko pada 15hb Julai lalu.

Ditanya sama ada beliau memainkan peranan dalam perkara itu atau tidak, Bung membalas: “Mungkin.”

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal sukar ditumbangkan kerana menguasai 45 daripada 65 kerusi DUN Sabah.

DUN di negeri itu mempunyai 60 wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya dan lima yang dilantik kerajaan negeri.

Majoriti mudah memerlukan 33 Adun tanpa mengira Adun berkenaan dilantik atau dipilih rakyat.

Loading...

Malaysiakini menulis:

Blok kerajaan memiliki 41 Adun yang diundi, iaitu Warisan (31), DAP (6), Upko (2) dan PKR (2).

Ia juga memiliki empat adun lantikan – dua daripada Warisan, dan masing-masing seorang daripada Upko dan PKR.

Pembangkang pula dibarisi 19 Adun diundi dan seorang yang dilantik, merangkumi Bersatu (9), PBS (4), STAR (3), Umno (1) serta dua Adun bebas yang keluar Upko.

Seorang Adun lantikan pada asalnya daripada PKR tetapi telah keluar parti itu dan kini menjadi wakil akyat mesra pembangkang

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...