Bung Moktar mohon maaf dari Zahid Hamidi

Bung berkata dia akan melakukan post mortem untuk mencari sebab dan punca beberapa kerusi yang ditandingi BN mengalami kekalahan. Sumber (gambar): Fail TTF

بوڠ موكتر موهون معاف دري زاهيد حميدي

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan memohon maaf daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana hasrat beliau untuk menjadi Ketua Menteri Sabah tidak kesampaian.

Bung berkata UMNO sukar menuntut jawatan berkenaan selepas hanya memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bung turut dilaporkan berharap pihak-pihak yang ‘masih bersandiwara’ dan menyalahkan pemimpin tertentu dalam urusandi Sabah menghentikan tindakan tersebut.

“Berlaku adillah, jangan rugikan parti dengan agenda peribadi. Kita jernihkan keadaan bukan mengeruhkan lagi kedukaan kita dengan keputusan PRN baru- baru ini.”


PETALING JAYA: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan memohon maaf kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana hasrat beliau untuk menjadi Ketua Menteri Sabah tidak kesampaian.

Menurut portal berita Malaysiakini, Bung berkata UMNO sukar menuntut jawatan berkenaan selepas hanya memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).




“Saya juga memohon maaf kepada Datuk Seri presiden kerana hasrat dan cita-cita beliau dan rakan-rakan yang berkehendakkan saya atau wakil daripada Umno Sabah menjadi ketua menteri tidak kesampaian.

“Jawatan ketua menteri memang menjadi harapan Umno Sabah tetapi kami menyedari dan menginsafi dengan hanya memenangi 14 kerusi sahaja sukar kepada Umno Sabah untuk menuntut jawatan tersebut,” katanya.

Bung turut dilaporkan berharap pihak-pihak yang ‘masih bersandiwara’ dan menyalahkan pemimpin tertentu dalam urusandi Sabah menghentikan tindakan tersebut.

“Berlaku adillah, jangan rugikan parti dengan agenda peribadi. Kita jernihkan keadaan bukan mengeruhkan lagi kedukaan kita dengan keputusan PRN baru- baru ini.

“Duka dan pedihnya, UMNO Sabah yang merasainya. Kita undur selangkah ke belakang bukan bererti kalah, tetapi kita bersedia untuk melangkah jauh lagi ke hadapan,”katanya.

Selaku ketua Umno Sabah, Bung berkata dia akan melakukan post mortem untuk mencari sebab dan punca beberapa kerusi yang ditandingi BN mengalami kekalahan.

“Kami juga akan membuat penambahbaikan demi memastikan BN dapat merampas semula kerusi-kerusi tersebut pada PRN akan datang.”

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...