
بوڠ موكتر نافي سڠكتا دڠن موسى امان، سومبر سهكن برلاكو كتڬڠن امنو سابه
Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar hari ini menafikan berlaku pertikaian antara beliau dengan Tan Sri Musa Aman berhubung permohonan Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk kembali bersama UMNO.
Semalam, portal Borneo Today dipetik oleh TTF sebagai berkata, pertikaian antara Bung dan Musa turut disebabkan tindakan Musa cuba mengawal kembali UMNO Sabah.
Ketika dihubungi, sumber TTF dari UMNO Sabah mengesahkan berlaku ketegangan melibatkan kumpulan yang diketuai oleh Bung dan beberapa pemimpin dari UMNO Sabah yang kini setia kepada Musa.
Bagaimanapun, Bung mendakwa, kesemua ini adalah taktik pihak tertentu untuk melagakan pemimpin-pemimpin UMNO Sabah.

PETALING JAYA: Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar hari ini menafikan berlaku pertikaian antara beliau dengan Tan Sri Musa Aman berhubung permohonan Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk kembali bersama UMNO.
Semalam, portal Borneo Today dipetik oleh TTF sebagai berkata, pertikaian antara Bung dan Musa turut disebabkan tindakan Musa cuba mengawal kembali UMNO Sabah.
Menurut portal tersebut, Musa dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan merupakan penentang utama tindakan Bung sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah menerima permohonan Salleh kembali kepada UMNO.
Portal tersebut turut memetik sumber sebagai berkata UMNO kini berpecah kepada beberapa kumpulan termasuk Abdul Rahman yang turut menyokong Musa mengukuhkan kembali pengaruh beliau manakala Bung mendapat sokongan pemimpin-pemimpin baharu.
Ketika dihubungi, sumber TTF dari UMNO Sabah mengeahkan berlaku ketegangan melibatkan kumpulan yang diketuai oleh Bung dan beberapa pemimpin dari UMNO Sabah yang kini setia kepada Musa.
Bagaimanapun, Bung mendakwa, kesemua ini adalah taktik pihak tertentu untuk melagakan pemimpin-pemimpin UMNO Sabah.
Perkara ini dilaporkan oleh sebuah lagi poral berita, yang turut memetik Bung sebagai berkata beliau dan Musa sentiasa berhubung dengan satu sama lain.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

