Cabaran politik terbesar dalam sejarah negara….

Rahim Thamby Chik

چابرن ڤوليتيك تربسر دالم سجاره نڬارا…

Jika penyatuan parti politik Melayu bersama Bersatu menjadi kenyataan, beberapa isu wajar dibereskan segera,

1. Perkongsian kuasa di antara komponen dalam gagasan baru ini. Jawatan-jawatan dalam kabinet, kementerian, agensi-agensi, pelantikan-pelantikan politik, dan lain-lain. termasuk di perengkat negeri kena diselaraskan. Ini satu exercise yang paling sukar dan delicate!




2. Samada DAP akan terus bersama dgn gagasan baru ini. Saya rasa DAP tidak akan terus bersama gagasan baru ini. Ini satu keputusan yg paling dilematik dan trajik bagi DAP untuk memutuskannya.
Setakat ini DAP telah merasai apa itu “kuasa” dan mereka faham jika tanpa kuasa, kondisinya macam telur di hujung tanduk! Bila-bila masa boleh dirembat…

3. Degan kehadiran UMNO dan PAS, % kerusi Melayu dalam parlimen akan melonjak naik manakala % kerusi DAP akan meleset turun.

Dap tidak lagi boleh berlagak dan mendesak serta menghentak isu-isu yang dipejuangkannya selama ini!

4. Tun Mahathir kena memimpin gagasan ini sehingga seorang berintergriti dan boleh dipercayai dipilih memimpin negara!

5. PKR mungkin akan memperhebatkan sehebat-hebatnya kempen mereka ke seluruh negara bagi mendapatkan jawatan PM dari Tun Mahathir!

6. Pendirian Amanah masih terumbang ambing dalam menyertai gagasan memandangkan musuh ketat mereka iaitu PAS telah berada dalam gagasan baru ini!

Moga Allah swt memakbulkan doa kita semua demi perjuangan mempertahan serta memperkasakan kepentingan agama, bangsa dan negara di tanahair kita yang berdaulat ini !!!

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...