CADANGAN PENUBUHAN RCI BERKAITAN KEHAKIMAN PERLU MERANGKUMI ALEGASI DALAM AFIDAVIT HAMID SULTAN ABU BACKER

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

چادڠن ڤنوبوهن رچي بركاءيتن كهكيمن ڤرلو مرڠكومي الڬسي دالم افيداۏيت حميد سلطان ابو بچكر

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, 

AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada hari semalam, Sabtu 28.08.2021 Presiden UMNO, AHMAD ZAHID HAMIDI telah dipetik media MALAYSIA NOW bertajuk “PM setuju RCI terhadap dakwaan Tommy Thomas, kata Zahid selepas tidak hadir perbicaraan rasuah” sebagai berkata:




“Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bersetuju dengan permintaan Umno untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala pendedahan yang dilakukan bekas peguam negara Tommy Thomas mengenai campur tangan politik dalam institusi peguam negara, kehakiman dan keselamatan, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata perkara itu perlu dilakukan kerana semua institusi tersebut adalah benteng dalam mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.”

2. Saya tidak berhasrat untuk memberi pendapat khusus berkaitan alasan ataupun sebab cadangan ini kini ditampilkan oleh UMNO, kerana bagi saya sebbagai seoprang pengamal undang-undang yang menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, mana-mana cadangan untuk mengukuhkan kedudukan sistem kehakiman, perundangan mahupun pihak berkuasa pelaksana undang-unadang lain HENDAKLAH disokong sebagai satu langkah ke arah memajukan negara tercinta ini.

3, Namun, pada masa yang sama, sekiranya Perdana Menteri DS ISMAIL SABRI YAAKOB berhasrat untuk meneruskan dengan cadangan UMNO itu dan menubuhkan sebuah SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) berkaitan KEHAKIMAN maka saya perlu ingatkan DS ISMAIL SABRI bahawa ianya adalah teramat penting bahawa terma-terma rujukan untuk siasatan oleh RCI perlu mengandungi alegasi-alegasi yang terkandung di dalam satu AFIDAVIT MAHKAMAH bertarikh 14.02.2019 yang diikrakan dan difailkan oleh seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan HAMID SULTAN ABU BACKER.

4. Walhal, Pada 21.02.2019 Kerajaan Persekutuan pada masa itu melalui kenyataan Perdana Menteri TUN DR MAHATHIR telah mengumumkan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan RCI untuk Kehakiman bagi tujuan menyiasat dan memberi rekomendasi wajar berhubung aduan-aduan salahlaku dalam sistem kehakiman dan perundangan, termasuk kandungan alegasi di dalam satu AFIDAVIT oleh Hakim Mahkamah Rayuan HAMID SULTAN ABU BACKER bertarikh 14.02.2019.

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/464950)

5. Namun, disebabkan kelengahan kewujudan Special Task Force untuk bantu RCI dan/atau penubuhan terus RCI itu pada ketika itu telah disumbangkan oleh Menteri Perundangan dan Peguam Negara pada masa itu, yang tidak mengambil langkah perlu untuk menderaf terma-terma rujukan bagi tujuan penubuhan STF dan/atau RCI itu, seperti yang diumumkan Kerajaan di bawah Perdana Menteri Ke-7 pada masa itu, sehinggakan tidak dapat merealisasikan penubuhan RCI berkaitan Kehakiman sehinggalah Kerajaan itu terbubar.

Loading...

(Link Laporan : https://www.freemalaysiatoday.com/…/rci-salah-laku…/)

6. Malangnya, apabila Kerajaan baru mengambil alih tampuk pemerintahan di bawah Perdana Menteri Ke-8 sejak 01.03.2020 sekali pun , tidak ada mana-mana hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh Kerajaan itu untuk meneruskan dengan pembentukan RCI berkaitan Kehakiman, sehinggakan Menteri Perundangan dan Parlimen ketika itu TAKIYUDDIN HASSAN telah pada 12.11.2020 mengesahkan bahawa Kerajaan itu tidak akan meneruskan dengan RCI Kehakiman yang diumumkan Kerajaan terdahulu pada 21.02.2019.

(Link Laporan : https://www.freemalaysiatoday.com/…/kerajaan-timbang…/)

7. Justeru, dengan TEGAS dan IKHLAS saya SARANKAN kepada DS ISMAIL SABRY YAAKOB bahawa sekiranya beliau benar-benar serius dalam penubuhan mana-mana RCI seperti yang kononnya disyorkan oleh UMNO itu, maka ianya adalah TERAMAT PENTING bahawa kesemua alegasi Bekas Hakim Mahkamah Rayuan HAMID SULTAN ABU BACKER dalam AFIDAVIT MAHKAMAH 14.02.2019 adalah menjadi antara terma rujukan TERMESTI dan WAJIB bagi penentuan RCI berkenaan, dan sekiranya tidak ianya akan dirumuskan bahawa mana-mana pembentukan RCI itu, cuma merupakan permainan poltik yang tidak ikhlas di pihak Kerajaan DS ISMAIL SABRY ini !!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...