چادڠن ڤرجنجين مليسيا بهارو ﴿محمد حسن﴾ تيدق ماسوق عقل – منتري اوندڠ-اوندڠ
Cadangan Datuk Seri Mohamad Hasan agar kepimpinan BN Sabah mengusulkan Perjanjian Malaysia baharu tidak masuk akal.
Demikian menurut Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang turut berkata Perjanjian Malaysia sedia ada adalah perjanjian dan komitmen yang telah dipersetujui semua pihak semasa pembentukan Persekutuan Malaysia.
Menurutnya, apa yang dituntut Sabah dan Sarawak khususnya kini bukanlah untuk merunding semula perjanjian sedia ada tetapi menuntut perkara yang telah dipersetujui.
Ketika berucap pada Konvensyen BN Sabah di Penampang baru-baru ini, Mohamad mencadangkan agar kepimpinan BN negeri mengusulkan Perjanjian Malaysia baharu sebagai langkah lebih konkrit ke arah merealisasikan hak-hak dan tuntutan negeri sebagaimana yang termaktub dalam MA63.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Jika kita baca MA63 itu kita boleh lihat di situ letaknya janji-janji kita untuk menarik Sarawak dan Sabah untuk tubuh Malaysia,” katanya.
Sepintas lalu, Wan Junaidi merupakan Menteri (UMNO) di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), manakala Mohamad Hasan merupakan Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO.
Ketika berucap pada Konvensyen BN Sabah di Penampang baru-baru ini, Mohamad mencadangkan agar kepimpinan BN negeri mengusulkan Perjanjian Malaysia baharu sebagai langkah lebih konkrit ke arah merealisasikan hak-hak dan tuntutan negeri sebagaimana yang termaktub dalam MA63.
Wan Junaidi turut berkata, antara isi kandungan perjanjian MA63 untuk mempengaruhi Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia pada masa itu adalah pembangunan yang diketahui Semenanjung Malaysia lebih maju dari Sarawak.
“Ini adalah harapan semua pemimpin kita pada masa itu… adalah untuk Sarawak sama peningkatan pembangunan dengan Semenanjung,” katanya.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan asal oleh Sinar Online