[Carta disertakan] DAP takut penglibatan parti dengan keganasan LTTE dibongkar oleh tahanan SOSMA?

Raggie Jessy Rithaudeen

Tindakan Ramkarpal mewakili mereka yang ditahan di bawah Akta Sosma kerana dipercayai terbabit dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) tidak masuk akal kerana beliau merupakan ahli parlimen DAP yang turut terlibat dengan gabungan parti pemerintah.




Petang tadi, beberapa portal berita memetik Ramkarpal sebagai berkata beliau akan memfailkan “habeas corpus” di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi meminta mereka yang ditahan dihadapkan ke mahkamah.

Malangnya, kedua-dua Ramkarpal dan RSN Rayer (yang sebelum ini dikatakan akan turut mewakili empat ahli DAP yang ditahan) tidak bertindak dalam kapasiti peribadi tetapi mewakili parti DAP dalam membela nasib mereka yang tertuduh.

Sebelum ini, Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup, menerangkan bagaimana ianya menimbulkan konflik kepentingan yang teramat ketara (lihat carta di bawah)

Artikel bersambung selepas carta ini

“Sudah tentu ada konflik kepentingan di situ kerana Rayer dan Ramkarpal merupakan ahli parlimen dan berasal dari parti yang menjadi sebahagian daripada gabungan parti pemerintah.

“Keempat-empat tahanan tersebut turut berjawatan, di mana dua daripadanya Ahli Dewan Undangan Negeri.

Loading...

“Ini dah jadi kes wakil kerajaan pusat cuba bela wakil kerajaan negeri, kerana orang yang mengerah Rayer dan Ramkarpal mewakili mereka yang ditahan itu tak lain tak bukan Lim Guan Eng, iaitu Setiausaha Agong DAP merangkap Menteri Kewangan.

“Rumusannya, yang ditangkap bersangkut dengan kerajaan dan akan dibela oleh peguam yang bersangkut dengan kerajaan yang dikerah oleh seorang menteri kerajaan.

“Dan semua orang tahu, pihak polis turut berada di bawah pantauan kerajaan pusat menerusi Kementerian Dalam Negeri. Jadi Menteri Kewangan sedang mencabar Menteri Dalam Negeri ke ini?

“Siapa nak kata Ramkarpal ini tidak berniat ganggu gugat urusan kementerian Tan Sri Muhyiddin Yassin atas arahan Guan Eng? Persepsinya begitu, kan?” tanya Rosdzaman.

Tidak sedarkah DAP akan hakikat ini, atau adakah parti tersebut cuba melindungi mereka yang ditahan kerana takut penglibatan parti dengan aktiviti keganasan, sekiranya ada, akan terbongkar?

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...