Ceramah perkauman Salahuddin Ayub disiasat, 12 saksi dipanggil

Menurut Ketua Polis Johor, Kamarudin Md Din, polis sedang mengumpul lebih maklumat sebelum kes Salahudin dirujuk kepada Peguam Negara Tommy Thomas. Sumber (gambar): Fail TTF

Pihak PDRM semalam memanggil 12 individu bagi membantu siasatan ceramah perkauman membabitkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Dalam satu pertemuan di SJKC Pei Chio Kukup Laut minggu lepas, Salahuddin terang-terang menghasut pengundi dengan sentimen perkauman yang seharusnya dikenakan tindakan oleh pihak polis.

Kalau sebelum ini kempen hasutan menjadi lumrah kepimpinan DAP, kini ia menjadi bekalan bagi sebuah parti yang wujud atas ehsan kepimpinan tersebut.

Terdahulu, pada 28hb Oktober 2019, Lim Guan Eng sendiri mendakwa kerajaan pintu belakang melibatkan UMNO dan PAS, sekiranya terbentuk, akan menjurus kepada pelucutan hak asasi bukan melayu dan bukan Islam


SUBANG JAYA: Pihak PDRM semalam memanggil 12 individu bagi membantu siasatan ceramah perkauman membabitkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Menurut Ketua Polis Johor, Kamarudin Md Din, polis sedang mengumpul lebih maklumat sebelum kes Salahudin dirujuk kepada Peguam Negara Tommy Thomas.




“Sehingga kini, kami telah merakam keyataan dari beberapa individu yang hadir ketika Salahudin berucap.

“Kami tahu kes ini penting kerana membabitkan seorang menteri, jadi kami akan mempercepatkan siasatan supaya kes boleh dirujuk kepada peguam negara,” Kamarudin dilaporkan berkata dalam satu sidang media.

Dalam satu pertemuan di SJKC Pei Chio Kukup Laut minggu lepas, Salahuddin terang-terang menghasut pengundi dengan sentimen perkauman yang seharusnya dikenakan tindakan oleh pihak polis.

“Kalau bagi balik BN berkuasa.. dia kawan dengan PAS, you jaga! ini country akan huru hara

“Kita boleh berniaga, boleh sekolahkan anak, takda org tembak sana sini, takda orang bakar sana sini. Nak berniaga tak boleh nak pergi laut tak boleh,” katanya

Pada hari yang sama, TTF menulis:

Kalau sebelum ini kempen hasutan menjadi lumrah kepimpinan DAP, kini ia menjadi bekalan bagi sebuah parti yang wujud atas ehsan kepimpinan tersebut.

Loading...

Terdahulu, pada 28hb Oktober 2019, Lim Guan Eng sendiri mendakwa kerajaan pintu belakang melibatkan UMNO dan PAS, sekiranya terbentuk, akan menjurus kepada pelucutan hak asasi bukan melayu dan bukan Islam

Walaubagaimanapun, kenyataan beliau tidaklah seteruk kenyataan yang dibuat seorang lagi pemimpin DAP, iaitu Chew Chong Sin, yang mendakwa kerjasama PAS dan UMNO mampu menjurus kepada keganasan di negara ini.

Sehingga kini, tidak ada penahanan ataupun siasatan yang dibuat terhadap Guan Eng atau Chong Sin oleh pihak PDRM biarpun kenyataa-kenyataan mereka jelas berbaur perkauman, bersifat hasutan dan mampu menjurus kepada keadaan huru-hara.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...