
CheGuBard
1. Sejak semalam saya dihujani beratus panggilan, masej di telefon saya juga tidak kurang melalui media sosial bertanyakan respon saya apabila nama saya disebut dalam sidang media bekas kakitangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sdr. Mohammed Yusoff Rawther. Dia menyatakan kekecewaan dan tidak berpuas hati kerana saya tidak bertindak membantu apabila dia mengadukan kepada saya berkenaan kejadian serangan fizikal bersifat “amang seks” ke atas dia oleh Anwar Ibrahim.
Di sini saya sebut dengan jelas ; Ya, saya mengaku dia ada berjumpa saya berkenaan perkara tersebut.
2. Beberapa bulan lepas saya mendapat maklumat ada kes pukul di Pejabat Anwar Ibrahim. Dikatakan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Sdr. Farhash telah memukul Pegawai Penyelidik Pejabat tersebut yang bernama Yusoff. Maklumat ketika itu yang saya perolehi ialah laporan polis berkenaan kejadian tersebut yang disertakan laporan perubatan lengkap tidak ada tindakan oleh Polis. Bagi saya ada sesuatu tidak kena dan mengesyaki ada tangan ghaib cuba ‘menutup’ kes tersebut. Maka saya telah tulis dalam facebook saya berkenaan perkara tersebut dan mendesak tindakan polis.
Catatan saya di Facebook telah dibaca oleh Yusoff dan dia menghubungi saya melalui media social dan meminta ingin berjumpa. Selang dua hari lepas itu saya berjumpa dia di Bangsar. Dalam pertemuan tersebut dia menceritakan kejadian pukul dan apa berlaku sehingga perkembangan dalam laporan polis yang tidak ada tindakan. Saya juga sangat terkejut dengan ceritanya berkenaan kejadian di mana Anwar melakukan serangan seksual ke atasnya. Saya asak dengan beberapa soalan dan dia menunjukkan saya beberapa cetakan skrin komunikasi dia dan Anwar juga. Saya cuma mampu mengatakan jika ini benar dia harus bertindak mengikut lunas undang undang kerana saya tidak mahu terlibat kerana memang prinsip saya tidak menjadikan isu kaitan seks atau peribadi sebagai isu politik malah menolak isu ini dipergunakan.
3. Selepas pertemuan itu dia ada hubungi saya lagi, saya tegaskan pendirian saya dan tidak tahan dengan banyak kali dia menghubungi saya katakan kalau kamu berani dan kamu yakin di pihak benar buatlah akuan bersumpah sambil mengingatkan dia bahawa akuan sumpah terikat dengan Akta Akuan Berkanun 1960 yang jika menipu boleh dijatuhkan hukuman penjara juga denda.
4. Lebih kurang 20 November dia hubungi saya semula dan kemudian berjumpa. Dia menyerahkan kepada saya satu salinan akuan bersumpah berkaitan kejadian yang dia ceritakan. Ketika pertemuan itu juga dia menyebut dia telah melakukan saman sivil ke atas Farhash dan Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim kerana kes pukul dan saman fitnah ke atasnya dan peguam dia dihubungi peguam OKS untuk berbincang penyelesaian luar mahkamah. Dia nyatakan jika pasal duit dia akan terima saja penyelesaian luar mahkamah namun dia nak seseorang bantu dia untuk mencari keadilan terhadap trajedi lebih besar.
Saya katakan pada dia yang saya hormati dia tetapi saya bertegas dengan prinsip saya tidak mahu isu seks atau skandal peribadi ini menjadi isu politik. Saya minta dia bertindak mengikut lunas undang undang. Dia kelihatan sangat kecewa ketika itu dan turut menamakan dia berjumpa dengan beberapa orang politik lain namun tidak ada tindakan. Saya mencadangkan beliau dapatkan peguam untuk nasihat dan tindakan perundangan.
5. Selepas pertemuan itu dia hubungi saya beberapa kali. Saya tegaskan saya TOLAK POLITIK GUNAKAN ISU SEKS ATAU SKANDAL PERIBADI kerana cukup cukuplah apa terjadi sebelum ini. Saya tegaskan pendirian saya ini bukan kerana dia kecil atau besar tetapi itu prinsip saya sejak awal lagi. Termasuk serangan kepada Anwar, Azmin malah beberapa ahli politik sebelum ini. Saya minta dia bertindak ikut lunas undang undang. Dalam panggilan terakhir dia kedengaran agak marah dan kecewa.
6. Saya memahami kenyataan kekecewaan dia namun tidak perlulah ke media dan seumpamanya tetapi bertindaklah menurut lunas undang undang. Saya dengan ini mencabar dia membuat laporan polis dan biarlah pihak berkuasa bertindak berdasarkan lunas undang – undang. Saya tidak mahu kena mengena dengan perkara ini.
Malah saya menyeru rakyat tidak mempedulikan isu ini. Negara dalam perbagai cabaran seperti ekonomi pentadbiran dan sebagainya maka sudahlah hentikan bincang politik isu seks ini yang banyak membuang masa kita selama ini.
Ya, kita memerlukan pemimpin dengan akhlak baik namun jika ada perkara salah disisi undang undang serahkan pada pihak berkuasa dan biar pihak berkuasa bertindak.
7. Petang semalam pula saya dikejutkan dengan kenyataan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim yang tiba – tiba menfitnah saya sebagai dalang sebalik tuduhan serangan seksual mengaitkan Anwar itu. Saya menghantar kenyataan itu semula kepada seorang yang rapat dengan Anwar untuk memohon penjelasan dengan menerangkan semua yang terjadi.
8. Pagi tadi saya menerima pesanan melalui whats app yang memperkenalkan diri sebagai Farhash dan meminta maaf atas tuduhan. Dia ajak berjumpa dan berbincang. Saya tidak menjawab pun kerana saya sangat kecewa. Inilah kelemahan Anwar Ibrahim membenarkan diri dikelilingi kelompok muda gopoh dan kurang bijaksana. Kepada Farhash saya nak nasihat kamu bekerja mewakili imej bakal PM ke 8 maka jangan macam gangster dan penuh ego sebab kamu akan mencipta banyak musuh kepada majikan kamu.
9. Selain Farhash yang turut gunakan media sosial menfitnah saya ialah seorang yang bergelar Datuk dari PKR Kedah yang bila saya sendiri hubungi melalui whats app menyatakan akan saman dia, panic mungkin maka dia dua kali menghantar pesanan meminta maaf kerana dia silap dan salah menfitnah.
Akhirnya saya menyeru semua fokus mengenai isu lebih penting negara dan cabaran yang makin getir sedang kita sama hadapi.
