CheGuBard: Wan Azizah patut beri laluan pada Azmin Ali

Badrul Hisham Shaharin a.k.a. Che’GuBard

Dah beberapa hari seorang pemimpin PKR yg rapat dengan Wan Azizah hubungi saya nak berjumpa… pagi ini saya jumpa sambil dia belanja sarapan pagi…

Rupanya dia nak minta saya terlibat selamatkan Wan Azizah dengan halang move kartel… geng kartel katanya nak push supaya pemilihan parti dibuat sebelum PRU… kerana masa terbaik paksa Wan Azizah jadi penasihat dan Azmin jadi Presiden…

Seperti biasa Azmin akan dilihat bersih .. nama Siva dan Tian disebut sebagai antara yang kuat push pemilihan parti.

Respon saya

  1. Saya berani jamin Azmin akan menang mudah jika lawan Wan Azizah sebagai Presiden sebab Azmin dengan duitnya akan kuasai Jawatankuasa Pemilihan spt pemilihan lalu. Cara paling bermaruah Wan Azizah tak bertanding dan beri laluan pada Azmin.
  2. Saya ingatkan mereka bahawa saya bukan anggota parti pun sebab dipecat berpunca dari kelemahan Wan Azizah sendiri.. ketika rundingan berkenaan Anwar sedang rancak berlaku Wan Azizah sendiri terlibat pecah lubang pada Azmin dan kerana itu sebenarnya kartel usaha pecat saya dengan surat palsu yang akhirnya semua tunduk bisu sebab duit kartel Azmin.. cubaan kudeta kartel saya berjaya gagalkan
  3. Saya ingatkan mereka saya pernah dipanggil oleh kumpulan yang sama minta saya susun selamatkan Wan Azizah ketika dia diserang undi tidak percaya kerana umumkan kewujudan Pakatan Harapan tanpa restu kartel. Wan Azizah umum PH.. hari sama Azmin umum Selangor tak terlibat dengan PH.. dan gerakan kumpul tandatangan utk mesyuarat luar biasa MPP PKR bagi ambil tindakan terhadap Wan Azizah dimulakan … saya serang terbuka dan pusing Malaysia jumpa beberapa pemimpin terangkan dan pujuk sokongan… kerana mood umum mula menyerang mereka yang tandatangan desak mesy luar biasa MPP maka usaha utk ambil tindakan terhadap Wan Azizah dihentikan…
  4. Saya ingatkan mereka juga bagaimana ketika perebutan kerusi MB Selangor saya dipanggil bermesyuarat dengan Anwar sendiri hadir pertemuan tersebut (gambar dari pertemuan ini masih saya simpan) dan saya diberi tanggungjawab khusus utk serang azmin secara terbuka dimana saya masih simpan email Rafizi yang mengandungi talking point untuk sidang media yang turut mendapat liputan TV3…

Rumusanya saya cuma cakap saya lawan kartel Azmin sebab korup mereka yang kudakan nama perjuangan rakyat… tapi bab Wan Azizah ia sgt susah saya nak cakap …hanya doa yang terbaik…

Saya masih simpan kemas cerita bagaimana peranan sebagai jururunding keluarga Anwar…. saya doa saya diberi kekuatan utk mengunci mulut..

Sumber: facebook.com/chegubard

Comments

Comments