
Anehnya, biarpun Chew mendakwa bahawa permohonan maafnya telus, beliau langsung tidak mengeluarkan kenyataan media menerusi media arus perdana sepertimana yang selalu dituntut oleh pemimpin-pemimpin DAP dalam surat-surat saman yang kerap disajikan mereka kepada pemimpin-pemimpin dan pejuang Melayu-Islam.
SUBANG JAYA: Semalam, adun DAP bagi daerah Mengkibol, Chew Chong Sin, memuat naik rasa kesal dan insaf beliau serta permohonan maaf yang tidak bersyarat terhadap rakyat Malaysia berikutan posting Facebooknya yang mengundang kemarahan netizen.
Dalam posting tersebut, Chew mendakwa bahawa peristiwa ngeri yang menimpa masyarakat Islam di Christchurch, New Zealand, berikutan kejadian tembakan di dua buah masjid di kawasan tersebut harus dijadikan pengajaran agar gejala ekstremis seperti itu dapat dibendung.
Anehnya, kenyataan tersebut disusuli dengan satu rujukkan yang tidak masuk akal terhadap permuafakatan politik yang berjaya dikecapi bersama-sama oleh PAS dan UMNO, yang menurut Chew, adalah membimbangkan kerana kedua-dua parti tersebut pekat dengan naratif yang bersandarkan bangsa dan agama.
Dibaca bersama, kenyataan-kenyataan tersebut membawa maksud yang seakan-akan sama dengan kenyataan yang dimuat-naik setiausaha-agung DAP, Lim Guan Eng, ke dalam akaun Facebook beliau, bahawa kononnya, permuafakatan politik antara PAS dan UMNO merupakan “deklarasi perang” terhadap golongan bukan Melayu.
Umum perlu faham, biarpun Chew mendakwa bahawa permohonan maafnya telus, beliau langsung tidak mengeluarkan kenyataan media menerusi media arus perdana sepertimana yang selalu dituntut oleh pemimpin-pemimpin DAP dalam surat-surat saman yang kerap disajikan mereka kepada pemimpin-pemimpin dan pejuang Melayu-Islam.
Apakah Chew tidak merasakan perlunya untuk memohon maaf secara lebih terbuka memandangkan perkara ini telah begitu tular hingga membabitkan isu keselamatan nasional dan kesejahteraan rakyat jelata?
Apakah beliau tidak ingin memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS dan UMNO kerana mengaitkan kedua-dua parti tersebut dengan tragedi yang berlaku di New Zealand samada secara langsung atau tidak langsung?
Apakah DAP begitu rasis hinggakan tidak mampu memohon maaf dengan cara yang lebih ikhlas dan terbuka?
THE THIRD FORCE
Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.
FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:
Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter
The Third Force on Twitter
Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook
TowardsGE15 on Facebook
Gagasan Tiga (G3) on Facebook
The Third Force (Telegram)

Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
