Chini: Barisan Nasional menang dengan peningkatan majoriti 55 peratus

SPR memaklumkan sebanyak 74 peratus daripada 20,816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab itu di 13 pusat mengundi yang dibuka bermula 8 pagi hari ini. Sumber (gambar): Fail TTF

چيني: باريسن ناسيونل منڠ دڠن ڤنيڠكتن ماجوريتي 55 ڤراتوس

Keputusan tidak rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menunjukkan Barisan Nasional menang besar dengan memperoleh majoriti 12,041(83.11 peratus).

Majoriti ini merupakan peningkatan 55 peratus majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham Abu Bakar Harun yang memenangi kerusi Chini dengan majoriti 4,622 undi (28.02 peratus).

Pada PRU14, jumlah undi sah adalah sebanyak 16,497 undi, manakala bilangan yang keluar mengundi ialah seramai 16,798 orang atau 79.05 peratus daripada 21,251 pengundi berdaftar.

Pada PRK ini pula, pihak SPR mengesahkan hanya 72 peratus keluar mengundi.

Walaupun angka ini 2 peratus lebih tinggi daripada jangkaan asal SPR, iannya merupakan penurunan sebanyak 7 peratus dari PRU14 dan disyaki berpunca daripada pengundi kawasan bandar yang tidak pulang untuk mengundi.


PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menunjukkan Barisan Nasional menang besar dengan memperoleh majoriti 12,041(83.11 peratus).

Majoriti ini merupakan peningkatan 55 peratus majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham Abu Bakar Harun yang memenangi kerusi Chini dengan majoriti 4,622 undi (28.02 peratus).




Berdasarkan portal rasmi SPR, keputusan tidak rasmi menunjukkan Mohd Sharim memperoleh 13,198 undi, manakala calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, beroleh 1,157 undi dan seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, hanya mendapat undi 133 undi.

SPR memaklumkan sebanyak 72 peratus daripada 20,816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab itu di 13 pusat mengundi yang dibuka bermula 8 pagi hari ini.

PRK ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan yang pertama buat Perikatan Nasional (PN) selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada Pakatan Harapan (PH) pada Mac lalu.

Pada ketika itu, jumlah undi sah adalah sebanyak 16,497 undi, manakala bilangan yang keluar mengundi ialah seramai 16,798 orang atau 79.05 peratus daripada 21,251 pengundi berdaftar.

Pada PRK ini pula, pihak SPR mengesahkan hanya 72 peratus keluar mengundi. 

Walaupun angka ini 2 peratus lebih tinggi daripada jangkaan asal SPR, iannya merupakan penurunan sebanyak 7 peratus dari PRU14 dan disyaki berpunca daripada pengundi kawasan bandar yang tidak pulang untuk mengundi.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...