“Itu bukanlah berita palsu, tetapi penemuan sah oleh Dewan Rakyat British seperti yang dilaporkan oleh The Telegraph pada 8 Mei 2009 (http://www.telegraph.co.uk/news/newstopics/mps-expenses/5293679/MPs-expenses-Gordon-Brown-and-Cabinet-face-questions-over-claims.html). Akhbar harian British itu menggambarkan bahawa Perdana Menteri UK ketika itu, Gordon Brown, telah menyalahgunakan kedudukannya dalam kuasa dengan “membayar adiknya” menggunakan wang pembayar cukai “untuk perkhidmatan pembersihan di flat peribadinya di Westminster”
Suara TV
The Third Force (TTF) adalah sebuah blog propaganda, kata Clare Rewcastle Brown.
Menurut Ketua Editor Sarawak Report itu, TTF “bukan sebuah portal berita, tetapi sebuah blog propaganda yang selalu menyebarkan fitnah yang tidak sepatutnya dipetik oleh mana-mana akhbar.” Ironinya, wanita ini memilih untuk menyuarakan kemarahannya melalui Free Malaysia Today (FMT), sebuah portal yang dikendalikan oleh Nelson Fernandez yang menerima RM12 juta daripada John Soh antara tahun 2009 dan 2014.
Lebih ironi lagi adalah hakikat bahawa artikel itu ditulis oleh Nawar Firdaws, seorang kolumnis FMT yang dilihat menari secara intim dengan DAP Zairil Christopher dalam beberapa gambar di sebuah bar di kawasan Hartamas. Walaupun dakwaan berulang kali oleh blogger dan penulis bebas tentang hubungan sulit itu, FMT dan DAP kekal berdiam diri dan bertindak sehingga menapis sebarang laporan yang ada menyebut nama Zairil selama beberapa hari.
Tidakkah ini menunjukkan betapa tidak boleh dipercayai dan tidak bermoralnya FMT? Dan adakah ianya satu kebetulan bahawa Nawar, yang telah didakwa menggoda seseorang yang dikenali sebagai pembela dan penyokong Lim Kit Siang, adalah pilihan ‘wartawan’ Rewcastle untuk menyerang TTF?
Tetapi, editorial FMT bukanlah sesuatu yang mengejutkan saya. Lagipun, hanya satu portal berita palsu yang diperlukan untuk mengetahui portal berita palsu yang lain, yang mana menerangkan sebab mengapa FMT selalu memuatkan dakwaan yang dibuat oleh Sarawak Report, termasuk dakwaan yang terkenal di mana Rewcastle ‘mengejek’ presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang kerana gagal untuk menyamannya.
Artikel tersebut, yang diterbitkan oleh FMT pada 8 April 2017 (http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/04/08/wheres-your-suit-sarawak-report-editor-asks-pas/), memetik wartawan British yang memalukan itu sebagai mengatakan bahawa PAS gagal menyamannya walaupun mengancam untuk berbuat sedemikian. Ketua Editor Sarawak Report merujuk kepada surat tuntutan yang dikeluarkan peguam United Kingdom (UK) Hadi ke atas portalnya pada 13 Disember 2016.
“Mereka mengancam untuk mendakwa saya dalam masa seminggu jika saya tidak melakukan banyak perkara pada pertengahan Disember … tetapi tidak melakukannya,” katanya.
Tetapi beliau mungkin bercakap terlalu awal.
Sembilan belas hari selepas mengeluarkan kata-kata berbaur sombong dan menyindir itu, Hadi meminta peguamnya untuk memfailkan saman fitnah terhadapnya dan Sarawak Report di Mahkamah Tinggi di London (http://www.thesundaily.my/news/2017/04/27/hadi-awang-sues-sarawak-report-editor). Saman itu adalah berkaitan dengan dakwaan yang dibuat oleh Sarawak Report bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, telah meminta bantuan politik dari Hadi dengan menawarkan rasuah kepadanya sebanyak RM90 juta.
Saman itu sepatutnya menjadi ‘peluang seumur hidup’ Rewcastle untuk membuktikan apa yang telah dikatakannya selama ini, bahawa Perdana Menteri Malaysia adalah seorang penjenayah yang jahat dan mempunyai moral yang sudah korup, cukup untuk menawarkan rasuah hanya untuk mengetatkan cengkamannya ke atas kerajaan. Sebaliknya, beliau gagal mengemukakan bukti panas yang didakwa dimilikinya kepada Mahkamah London walaupun diberikan beberapa bulan untuk berbuat sedemikian.
Dan bukan itu sahaja.
Wanita ini, yang “memperibadikan dirinya sebagai pembela kebenaran dan keadilan,” malah mempunyai keberanian untuk memberitahu pengerusi hakim bahawa beliau telah mengabaikan surat-surat yang telah dihantar oleh peguam Hadi sebelum ini kerana tidak ada yang lain yang beliau terima membawa kepada perbicaraan di mahkamah. Beliau membuat dakwaan yang berani dan melulu itu semasa perbicaraan Pengurusan Kes pada 6 Ogos 2017 yang dipanggil untuk menentukan jumlah yang perlu Hadi untuk depositkan kepada mahkamah sebagai jaminan.
Bukankah ini sama seperti memberitahu hakim bahawa anda adalah seorang delinkuen?
Walaupun begitu, beliau melabelkan portal saya sebagai “blog propaganda yang selalu menyebarkan fitnah” yang mana harus dijauhi oleh media arus perdana. Beritahu saya, siapakah orang putih sampah ini untuk membolehkannya meletakkan terma ke atas media arus perdana Malaysia? Bagaimanakah seseorang boleh mempercayai seorang wanita yang berkomplot dengan suaminya sendiri untuk mencuri wang hasil titik peluh pembayar cukai British antara tahun 2004 dan 2006?
Dan itu bukanlah berita palsu, tetapi penemuan sah oleh Dewan Rakyat British seperti yang dilaporkan oleh The Telegraph pada 8 Mei 2009 (http://www.telegraph.co.uk/news/newstopics/mps-expenses/5293679/MPs-expenses-Gordon-Brown-and-Cabinet-face-questions-over-claims.html). Akhbar harian British itu menggambarkan bahawa Perdana Menteri UK ketika itu, Gordon Brown, telah menyalahgunakan kedudukannya dalam kuasa dengan “membayar adiknya” menggunakan wang pembayar cukai “untuk perkhidmatan pembersihan di flat peribadinya di Westminter.”
Dan sekiranya anda tertanya-tanya siapakah adik Gordon itu – beliau tidak lain dan tidak bukan adalah Andrew Brown, suami Rewcastle. Menurut akhbar harian itu, resit yang dikemukakan oleh Gordon kepada pihak berkuasa Parlimen menyatakan bahawa antara tahun 2004 dan 2006, beliau membayar Andrew £6,577 (kira-kira £21,000 pada nilai hari ini) selama 26 bulan semata-mata untuk membersihkan flatnya!
Dan jika bukti itu tidak mencukupi untuk meyakinkan anda betapa korupnya Brown, berikut adalah bukti yang akan memberitahu anda sampah jenis apakah wartawan ini: (http://www.telegraph.co.uk/news/newstopics/mps-expenses/5293683/MPs-expenses-Gordon-Browns-cleaning-receipts.html)
Sekarang adakah anda mempercayai saya?
Sudah cukup untuk mengatakan, skandal itu dianggap oleh Dewan Rakyat British sebagai perbuatan jenayah yang disengajakan pada bahagian Gordon dan penyalahgunaan kedudukan oleh pegawai awam untuk memenuhi kepuasan. Rewcastle menyelamatkan dirinya dan suaminya dengan mempertahankan Gordon, dengan berkata, “Beliau semestinya memerlukan pembersih ketika di London, dan itu adalah sebahagian dari kelayakan perbelanjaannya.”
Tetapi bukan itu sahaja.
Beliau terus menegaskan bahawa abang iparnya “sangat teliti dalam perkara ini,” dan mengatakan bahawa publisiti negatif ke atas suaminya adalah “sangat tidak adil.” Ya, pada Rewcastle, ia adalah “sangat tidak adil” apabila suaminya sendiri terlibat dalam konspirasi mencuri wang pembayar cukai melalui seorang ahli keluarga yang memegang kuasa dalam kerajaan. Beliau percaya dirinya dan suaminya adalah “mangsa keadaan,” tetapi memanggil TTF sebagai “sebuah blog propaganda” apabila saya bercakap mengenai masalah yang mungkin telah menyebabkan Najib dan keluarganya menjadi “mangsa keadaan.”
Bolehkah anda bayangkan ini?
Dan ini adalah wanita yang sama, walaupun diberi masa yang mencukupi untuk memfailkan dan membina pertahanannya, gagal mengemukakan bukti panas yang didakwa dimilikinya terhadap pentadbiran Najib Razak kepada Mahkamah London. Kegagalan untuk mengemukakan bukti itu dan telah melepasi tarikh akhir iaitu pada 30 Ogos 2017 menunjukkan betapa tidak boleh dipercayainya cerita yang diterbitkannya melalui Sarawak Report.
Dan apabila TTF memberitahu perkara itu kepada rakyat Malaysia, beliau terus berpaling kepada Nelson Fernandez dan Nawar Firdaws, dua orang yang beliau tahu yang akan ‘melacur’ untuknya di dalam internet.
Tulisan asal oleh:
Raggie Jessy, The Third Force, 4 September 2017
Sumber: suara.tv
