Coronavirus: Doktor terawal beri amaran meninggal dunia

Dalam media sosial, ramai rakyat China menyifatkan Dr Li sebagai wira dan mangsa tragik, menggambarkan ketidakcekapan pihak berkuasa tempatan dalam menangani kemunculan virus itu pada peringkat awal wabak. Sumber (gambar): Berita Harian Online

چوروناۏيروس: دوكتور تراول بري امران منيڠڬل دنيا

Seorang doktor di China yang merupakan antara terawal memberi amaran mengenai ancaman coronavirus baharu, meninggal dunia pada Jumaat akibat wabak itu.

Kematian Dr Li Wenliang, 34, yang bertugas sebagai pakar mata di sebuah hospital di Wuhan, diratapi dalam media sosial ketika Beijing mengisytiharkan ‘perang rakyat’ terhadap wabak yang menular dengan pantas itu.

Pada Jumaat, wilayah Hubei di mana terletaknya Wuhan, melaporkan 69 kematian baharu, menjadikan jumlah korban coronavirus di China kini mencecah lebih 600 mangsa.

Ia turut melaporkan hampir 2,500 kes baharu, menjadikan jumlah jangkitan di China kini melebihi 30,000, menurut siaran televisyen negara ini.


SHANGHAI/BEIJING: Seorang doktor di China yang merupakan antara terawal memberi amaran mengenai ancaman coronavirus baharu, meninggal dunia pada Jumaat akibat wabak itu.

Kematian Dr Li Wenliang, 34, yang bertugas sebagai pakar mata di sebuah hospital di Wuhan, diratapi dalam media sosial ketika Beijing mengisytiharkan ‘perang rakyat’ terhadap wabak yang menular dengan pantas itu.




Dr Li dan tujuh individu lagi ditahan polis Wuhan, bulan lalu, kerana didakwa menyebarkan maklumat ‘palsu dan haram’ mengenai coronavirus selepas beliau memberi amaran kepada doktor melalui media sosial mengenai tujuh kes jangkitan virus misteri baharu untuk cuba membantu.

Dalam media sosial, ramai rakyat China menyifatkan Dr Li sebagai wira dan mangsa tragik, menggambarkan ketidakcekapan pihak berkuasa tempatan dalam menangani kemunculan virus itu pada peringkat awal wabak.

Pada Jumaat, wilayah Hubei di mana terletaknya Wuhan, melaporkan 69 kematian baharu, menjadikan jumlah korban coronavirus di China kini mencecah lebih 600 mangsa.

Ia turut melaporkan hampir 2,500 kes baharu, menjadikan jumlah jangkitan di China kini melebihi 30,000, menurut siaran televisyen negara ini.

Presiden China, Xi Jinping, berusaha untuk meyakinkan rakyatnya dan dunia bahawa China akan mengatasi wabak coronavirus.

“Seluruh negara telah bertindak balas dengan segala kekuatan melalui langkah kawalan dan pencegahan paling teliti serta ketat, memulakan satu perang rakyat untuk kawalan dan pencegahan epidemik,” agensi berita Xinhua memetik beliau berkata demikian dalam perbualan telefon dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...