Coronavirus: Empat individu dikenal pasti sebar maklumat palsu

Penyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Sumber (gambar): Fail TTF

چوروناۏيروس: امڤت اينديۏيدو دكنل ڤستي سبار معلومت ڤلسو

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai koronavirus.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, polis dan SKMM tidak akan bertoleransi berikutan berita tidak benar boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada kestabilan negara.

Menurut kenyataan itu lagi, setakat ini, polis dan SKMM telah mengenal pasti empat individu untuk membantu siasatan penyebaran berita palsu berkaitan koronavirus berasal dari wilayah Wuhan, China itu.

“Orang awam digesa menyemak terlebih dahulu maklumat mengenai koronavirus Wuhan terutamanya maklumat selain daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.


SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai coronavirus.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, polis dan SKMM tidak akan bertoleransi berikutan berita tidak benar boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada kestabilan negara.




“Pemantauan mendapati media sosial dan pesanan dalam talian telah menjadi platform utama penyebaran berita tidak benar mengenai koronavirus Wuhan.

“Penyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” kata kenyataan itu.

Selain itu, pendakwaan turut boleh dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Menurut kenyataan itu lagi, setakat ini, polis dan SKMM telah mengenal pasti empat individu untuk membantu siasatan penyebaran berita palsu berkaitan koronavirus berasal dari wilayah Wuhan, China itu.

“Orang awam digesa menyemak terlebih dahulu maklumat mengenai koronavirus Wuhan terutamanya maklumat selain daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sila rujuk sumber rasmi KKM (www.moh.gov.my) atau badan kesihatan antarabangsa (www.who.int) bagi mendapatkan maklumat tepat dan sahih mengenai koronavirus Wuhan,” katanya.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...