Coronavirus: Lima lagi kes sebar berita palsu didakwa minggu depan

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari, berkata, lima lagi kertas siasatan mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah minggu depan. Sumber (gambar): Fail TTF

چوروناۏيروس: ليما لاڬي كيس سبار بريتا ڤلسو ددعوا ميڠڬو دڤن

Polis membuka empat lagi kertas siasatan berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai jangkitan coronavirus (COVID-19) di media sosial, menjadikan jumlah keseluruhan 27 kes setakat ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari, berkata daripada jumlah itu, lima lagi kertas siasatan mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah minggu depan.

Pada 5 Februari lalu, seorang wartawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tiga tuduhan membuat kenyataan mengenai isu jangkitan koronavirus di laman Facebook miliknya.

Keesokannya, seorang penjual santan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana menyebar berita palsu berkaitan koronavirus di laman sosial pada 27 Januari lalu.


KUALA LUMPUR: Polis membuka empat lagi kertas siasatan berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai jangkitan coronavirus (COVID-19) di media sosial, menjadikan jumlah keseluruhan 27 kes setakat ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari, berkata daripada jumlah itu, lima lagi kertas siasatan mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah minggu depan.




“Sebelum ini, tiga kes sudah dituduh di mahkamah, masing-masing di Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah.

“Dengan perkembangan baharu ini, lima lagi kes akan didakwa minggu depan. Maklumat lanjut perlu tunggu esok (sidang media JSJ di Bukit Aman),” katanya kepada BH, hari ini.

Pada 5 Februari lalu, seorang wartawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tiga tuduhan membuat kenyataan mengenai isu jangkitan koronavirus di laman Facebook miliknya.

Keesokannya, seorang penjual santan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana menyebar berita palsu berkaitan koronavirus di laman sosial pada 27 Januari lalu.

Kes ketiga pada 12 Februari lalu membabitkan seorang pesara Jabatan Keretapi Negeri Sabah yang didenda RM5,000 atau 10 bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi kesalahan menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan COVID-19.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...