Covid-19: Manusia apakah Anwar Ibrahim hingga sanggup politikkan kesusahan rakyat?

“Terbaru, beliau menyebarkan berita palsu (lihat video bawah) kononnya kerajaan membenarkan koperasi syarikat judi buka di bawah PKPB. Saya hairan mengapa pihak media masih melayan manusia bermasalah ini

Raggie Jessy Rithaudeen

چوۏيد-19: مأنسي اڤاكه انور إبراهيم هيڠڬ سڠڬوڤ ڤوليتيككن كسوسهن رعيت؟

Saya terkilan membaca terbitan-terbitan media yang memetik Datuk Seri Anwar Ibrahim melemparkan pelbagai kritikan terhadap cara kerajaan pimpinan Perikatan Nasional menangani krisis Covid-19.

Sebagai contoh, semalam, Anwar membidas ugutan Datuk Seri Azmin Ali terhadap kerajaan negeri yang enggan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai angkuh dan takbur.




Malah, anwar dipetik oleh portal Malaysiakini sebagai berkata beliau tidak faham dengan tindakan Azmin.

“Ini menteri (kanan ekonomi) ini mewakili apa? Korporat, industri ke apa?

Tiba-tiba sahaja Anwar menampilkan dirinya sebagai “pakar krisis Covid-19.” Yang saya hairan, di manakah ‘kepakaran’ Anwar ketika kerajaan pimpinan Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan?

Pada ketika itu, Anwar turut kerap mengkritik urus tadbir kerajaan biarpun beliau sendiri merupakan presiden parti yang menjadi komponen terbesar gabungan parti pemerintah.

Malah, beliau tidak serik mengungkit-ungkit isu peralihan kuasa hampir setiap minggu hingga para pelabur mula menarik keluar dana pelaburan kerana risau keadaan sosiopolitik negara tidak stabil dan boleh meletus pada bila-bila masa.

Tetapi bukan hanya pentadbiran persekutuan dipersalahkan, apabila ditanya samada ingin menjadi sebahagian daripada barisan Jemaah menteri, Anwar menolak dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal, antaranya, “saya hendak berehat dahulu sementara tunggu jadi Perdana Menteri.”

Tidak terfikirkah Anwar tentang ekonomi rakyat pada ketika itu?

Loading...

Apakan Anwar begitu kemaruk kuasa dan pujian sehingga sanggup ‘menyimpan’ kepakaran yang diperolehinya ketika menjadi Menteri Kewangan dulu?

Pada hemat saya, Anwar sengaja tidak ingin membantu Azmin memulihkan ekonomi negara kerana khuatir Azmin akan mendapat nama dan dipuji sebagai ‘pakar ekonomi’.

Saya hairan bagaimana Anwar tiba-tiba begitu kritikal terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin sedangkan beliau senyap ketika isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mempengerusikan mesyuarat berhubung Coronavirus ketika Pakatan Harapan masih memerintah.

Apakah Wan Azizah tidak menceritakan kepadanya betapa seriusnya wabak Covid-19 dan bagaimana Muhyiddin menyelamatkan keadaan menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Anwar bukan budak sekolah lagi atau seorang yang tidak faham selok belok pentadbiran persekutuan memandangkan latar-belakangnya sebagai “bekas Menteri Kewangan.”

Beliau sebenarnya tahu apa yang dibuat oleh Muhyiddin dan perlunya pihak kerajaan membuat pertimbangan teliti melibatkan kesihatan rakyat dan ekonomi bagi jangka pendek, sederhana dan panjang.

Sudah pasti ekonomi negara akan terjejas dalam pada kesihatan rakyat diberikan keutamaan, dan sudah pasti akan ada mangsa-mangsa keadaan dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah yang hilang sumber pendapatan.

Tetapi ini tidak bermakna kerajaan tidak berbuat apa-apa.

Anwar lupa, bukan hanya kerajaan mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional yang disalurkan terus ke akaun bank peribadi setiap warganegara yang memerlukan, pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh pentadbiran Muhyiddin bagi membantu sektor industri, khususnya yang berskala kecil dan sederhana.

Apakah Anwar lupa akan inisiatif ini? Bukankah kesan buruk kepada ekonomi perlu dipikul bersama oleh setiap lapisan masyarakat dalam ertikata ‘ke-kitaan’ yang sebenar, bukan hanya oleh kerajaan persekutuan?

Apakah Anwar lupa akan pengorbanan barisan Jemaah menteri yang bersetuju agar gaji mereka dipotong selama dua bulan?

Adakah menteri-menteri Pakatan Harapan turut memotong gaji mereka ketika ekonomi merudum sewaktu Pakatan Harapan masih berkuasa?

Kesan buruk kepada ekonomi akibat wabak Covid-19 bukan hanya spesifik kepada negara kita tetapi merangkumi ekonomi seluruh dunia, termasuklah ekonomi kuasa-kuasa besar seperti Amerika, Rusia dan China.

Apakah Anwar ingin hospital-hospital kerajaan dibanjiri pesakit Covid-19 sehingga perkhidmatan kesihatan negara kita runtuh?

Bukankah ini akan memberikan impak yang jauh lebih buruk lagi kepada ekonomi rakyat dan negara dan menjurus kepada wabak-wabak lain yang mampu meruntuhkan terus sektor pekerjaan?

Kenyataan Anwar kononnya tindakan rakyat menyerbu pajak gadai “melambangkan kesusahan rakyat yang terkesan dengan perlaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” bukti beliau seorang “trouble maker.”

Selagi ada Anwar, selagi itulah kerajaan persekutuan akan sentiasa dibelengui isu-isu bodoh yang tidak berpaksi kepada kebenaran.

Terbaru, beliau menyebarkan berita palsu (lihat video bawah) kononnya kerajaan membenarkan koperasi syarikat judi buka di bawah PKPB.

Saya hairan mengapa pihak media masih melayan manusia bermasalah ini dan bukannya pihak lain yang serius perjuangkan kebenaran.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...