Covid-19 tengah menggila, angka kematian tiga digit, UMNO tiba-tiba hendak pemilihan parti bulan ini

Sudah pasti Ismail Sabri, yang turut merupakan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO, ada memaklumkan kepada kepimpinan parti berhubung situasi terkini dan kenapa mustahil diadakan pemilihan parti. Sumber (gambar): Fail TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

Sebelum ini, pelbagai alasan diberikan oleh kepimpinan UMNO kenapa pemilihan parti tidak boleh diadakan ketika wabak Covid-19 masih menggila.

Malah, pada 25hb April 2021, sumber dari UMNO memberitahu, parti itu tidak tergesa-gesa untuk adakan pemilihan disebabkan proses pemilihan melibatkan terlalu ramai orang dan kes COVID-19 terus mencatatkan angka tinggi.




Kini, UMNO tiba-tiba beriya-iya hendak adakan pemilihan parti, itu pun tatkala wabak Covid-19 mencatatkan angka kematian tiga digit dan “Total Lockdown” dilaksanakan.

Maka tidak hairanlah permohonan untuk diadakan pemilihan parti bulan ini ditolak terus oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Malaysiakini memetik sumbernya sebagai berkata:

“Sudah pasti MKN akan menolak permohonan Umno untuk mengadakan pemilihan parti kerana situasi Covid-19 ketika ini yang kini masih menular.

“Umno merupakan sebuah parti yang mempunyai banyak bahagian dan cawangan, jika diadakan pemilihan akan berlaku banyak perhimpunan.

“Kami khuatir jika ia diadakan, akan wujud kluster baru pula.”

Apa yang menghairankan, Datuk Seri Ismail Sabri merupakan seorang menteri dari UMNO dan terlibat secara langsung dengan Majlis Keselamatan Negara.

Loading...

Maka sudah pasti Ismail, yang turut merupakan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO, ada memaklumkan kepada kepimpinan parti berhubung situasi terkini dan kenapa mustahil diadakan pemilihan parti.

Semua ini mencadangkan keputusan MKT untuk adakan pemilihan parti bulan ini helah semata-mata bagi menangkis persepsi bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi takut hilang kuasa jika pemilihan parti diadakan.

Kini, Zahid mempunyai alasan kukuh untuk menangguh pemilihan parti dan boleh memberitahu kepada akar umbi bahawa beliau berniat untuk mengadakan pemilihan bulan ini tetapi ditolak oleh MKN.

Ada juga yang berpendapat MKT ingin membuat pemilihan parti ketika wabak Covid-19 menggila dengan harapan bilangan pengundi akan dihadkan bagi meningkatkan kemungkinan untuk Zahid kekal berkuasa.

WAJIB BACA: 

LIVE 10 MALAM: KERAJAAN PN/BN – DI MANA SILAPNYA?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...