
ءچوكوڤ-چوكوڤله مڠمڤو رايس يتيم، رعيت ده مڽمڤه دڠن ڬلڬت كاموء
Tan Sri Rais Yatim merupakan ‘kaki bodek’ yang suka mengampu dan boleh berubah haluan politik daam sekelip mata asalkan ianya memenuhi kepentingan politik peribadinya.
Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut berkata Rais memutar-belit fakta untuk menimbulkan persepsi kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad gilakan kuasa sedangkan Rais sendiri gilakan jawatan sehingga sanggup menipu dan mengkhianati wadah perjuangan asal PPBM dan rakyat.
Menurut Khairuddin lagi, Rais sendiri berjuang bersama Mahathir menentang pemimpin-pemimpin UMNO bermasalah sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan terus mempertahankan Mahathir tidak lama sebelum Bersatu mengisytiharkan keluar Pakatan Harapan.
Kemudian, Rais tiba-tiba berubah haluan setelah Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan mula melontarkan kata-kata yang bercanggah dengan pendiriannya tidak lama dahulu semata-mata kerana ingin bersama pihak yang memegang kuasa.
PETALING JAYA: Tan Sri Rais Yatim merupakan ‘kaki bodek’ yang suka mengampu dan boleh berubah haluan politik daam sekelip mata asalkan ianya memenuhi kepentingan politik peribadinya.
Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut berkata Rais memutar-belit fakta berhubung untuk menimbulkan persepsi kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad gilakan kuasa sedangkan yang gilakan jawatan sehingga sanggup menipu dan mengkhianati wadah perjuangan asal ialah Rais sendiri.
“Apa yang diperkatakan oleh Rais Yatim tidak benar sama sekali. Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah tergila-gilakan semula jawatan Perdana Menteri Malaysia tetapi apa yang penting bagi beliau ialah kita semua berpegang erat pada wadah perjuangan asal.
“Wadah perjuangan asal adalah untuk melawan rasuah, salahguna kuasa serta menolak kleptokrats secara mutlak.
“Sebab itu dari awal lagi Tun Dr Mahathir Mohamad ingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Bersatu tidak boleh terima kemasukan semula umno secara ‘en bloc.’
“Kita boleh terima semula pemimpin-pemmpin UMNO yang baik dan mempunyai rekod bersih, memang diakui bukan semua pemimpin-pemmpin umno itu tak betul serta korup.
“Pada hakikatnya, saya rasa kalau Tun Dr Mahathir Mohamad ungkapkan kenyataan setuju Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri adalah bernada ‘sinis’ ataupun ‘sndiran’ semata-mata,” kata Khairuddin.
Menurutnya, Rais sendiri berjuang bersama Mahathir menentang pemimpin-pemimpin UMNO bermasalah sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan terus mempertahankan Mahathir tidak lama sebelum Bersatu mengisytiharkan keluar Pakatan Harapan.
Kemudian, Rais tiba-tiba berubah haluan setelah Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan mula melontarkan kata-kata yang bercanggah dengan pendiriannya tidak lama dahulu semata-mata kerana ingin bersama pihak yang memegang kuasa.
“Dari awal lagi Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berkata bahawa beliau tidak setuju dan tak boleh terima Muhyiddin Yassin bergabung dengan golongan kleptokrats.
“Apa pun pengkhianatan Muhyiddin Yassin tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.
“Perdana Menteri masakini telah mengkhianati wadah perjuangan rakyat Malaysia. Kita menang pada PRU14 atas dasar lawan kleptokrasi dan pada hari ini Muhyiddin Yassin sanggup terima seterusnya bekerjasama dengan puak yang korup ini.
“Sesungguhnya, yang ‘gila kuasa’ adalah muhyiddin yassin itu sendiri. Parti umno sedang ‘bully’ Bersatu dan dalam masa yang sama Muhyiddin Yassin sanggup tunduk pada mereka tanpa sebarang maruah diri.
“Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad gila jawatan sudah pasti kini beliau menganggotai PN. Namun, atas dasar prinsip yang luhur; Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup ketepikan segalanya.
“Yang penting bagi Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kepentingan bangsa serta negara bukan jawatan.
“Jadi di sini, sekiranya kita terserempak dengan ‘ular’ dan ‘rais yatim’ semua kena ‘palu’ Rais Yatim terlebih dahulu kerana dia seorang yang ‘lidah bercabang’ lebih merbahaya dari seekor ‘ular’.
“Cukup-cukuplah membodek dan hentikanlah sifat ‘hipokrit’ wahai Rais Yatim, rakyat Malaysia amat menyampah dengan gelagat kamu itu”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
